Thursday, December 4, 2008

BELAJAR vs LUXOR

Assalamualaikum.........
saya amat tertarik untuk menyentuh isu ini yang kian menjadi-jadi dikalangan pelajar-pelajar di IPT pada masa ini, hal ini kerana ramai pelajar yang tertipu dengan perniagaan dan permainan ini, saya seringkali terdengar ada pelajar yang sanggup jual atau cagar laptop atau berhutang semata-mata untuk mendaftar sebagai Ahli LUXOR ini yang menjanjikan kewangan yang banyak apabila menyertainya.

Saudara-saudari sekalian,
saya nasihatkan agar saudara-saudari semua tidak terjebak dengan perkara ini semasa anda semua di alam belajar kerana masa depan anda dihadapan nanti anda tidak tahu bagaimana lagi, adakah anda berjaya? adakah anda senang?. Memang LUXOR ini menjanjikan keuntungan, tapi keuntungan pada pihak atasan sahaja, anda hanya orang dibawah mereka sahaja, setiap kali anda membayar yuran keahlian beberapa peratus dari yuran tersebut diberi komisyen kepada orang atas yang mempunyai banyak wang, semakin ramai orang di bawah mereka semakin banyak duit yang mereka dapat..anda pula papa kedana semata-mata untuk menjadi seperti mereka hingga sanggup menggadaikan apa sahaja yang penghujungnya kita pun tidak pasti bagaimana kesudahannya. Kebanyakan mereka di pihak atasan memang manis berkata-kata untuk menarik orang sekeliling menjadi ahli di bawahnya, yang menjadi sasaran ialah pelajar-pelajar IPT yang sering ada masalah kewangan. Tetapi saudara-saudari sekalian adakah anda semua terfikir tentang masa depan anda nanti?????adakah kewangan lebih penting daripada orang tua anda melihat anda semua berjaya dengan memegang segulung diploma ataupun ijazah..sedarlah kita bahawa itu harapan mereka setelah berkorban tenaga dan wang ringgit bermula anda di bangku sekolah lagi..
memang tidak dinafikan ada kelangan pelajar yang menjadi kaya apabila memasuki permainan ini, tetapi hanya 10% daripada 90% SAHAJA yang berjaya.. yang lain akhirnya merana, duit hangus begitu sahaja, barang tergadai tanpa tebusan, andainya anda seorang jutawan tidak mengapa, tetapi anda hanyalah seorang pelajar yang tidak mempunyai apa-apa melainkan MBF ( Mak Bapak Finance ). apabila anda menyesal maka pelajaran anda akan menjunam..lebih baik pelajaran anda turun kerana aktiviti ko-kurikulum yang kita tahu ada faedahnya selain dapat pengalaman yang berguna daripada pelajaran anda jatuh disebabkan perkara ini yang sudah pastinya tidak mendatangkan faedah langsung, pengalaman pun ada juga di dalam permainan ini, pengalamannya ialah kecewa dan menyesal yang tiada kesudahan.

dalam persoalan hukum pula, perniagaan seperti ini boleh dikategorikan haram kerana mengambil untung atas angin dengan dalam diam menindas orang bawah, yang di maksudkan menindas orang bawah ialah orang bawah yang penat dan akhirnya orang atas yang dapat untungnya..tidakkah kita rasa seperti diperbodohkan, baik makan gaji sahaja lebih baik. Memang cemburu bila melihat ketuanya berkereta semasa belajar lagi, tapi apakah kepuasan yang dapat apabila menggunakan tenaga orang lain untuk kesenangan diri..Islam telah melarang memakan harta orang lain dengan cara yang batil...kerana ia merupakan penindasan!!!!bagi yang berminat dan aktif dalam bidang ini sudah semestinya mencari hujag dan alasan untuk menolak kebenaran yang sebenarnya. Untuk memahami konsep ini anda boleh membuat satu piramid di atas kertas kemudian lakarkan bagaimana ia bermula...Anda semua Mahasiswa dan Siswi yang mempunyai daya intelektual yang tinggi...

untuk itu marilah kita sama-sama memikirkan.....JADILAH IKAN DILAUT MASIN.....