Saturday, November 8, 2008

MASALAH ADALAH UJIAN...

Sering kali kita berfikir kenapakah diri kita tidak lari dari masalah yang sering membelenggu kita, dan setiap kali masalah itu datang adakah kita tabah menghadapinya??berdasarkan kajian dan pemerhatian saya hampir 60% dari kita putus asa bila ditimpa masalah..

hebat sangatkah masalah yang kita hadapi, adakah sehebat rasulullah dalam menyampaikan dakwah dan agama Allah agar dapat membimbing manusia ke jalan yang yang terang dan benar..pernahkah kita berfikir Rasullullah dicemuh, di hina, di lempar dengan najis semasa solat..tetapi Rasulullah sentiasa bersabar dan tenang dalam menyampaikan agama ALLAH walaupun berjuta rintangan yang mendatang dan akhirnya ISLAM tersebar ke seluruh dunia dengan megahnya..Ini lah hasil dari kesabaran, ketabahan, dan ketahanan mental para pejuang islam yang akhirnya SYAHID di medan perang..di sini kita dapat lihat bahawa ALLAH menguji hambanya dengan pelbagai rintangan dan cabaran dan akhirnya Allah memberikan kemenangan dan kejayaan kepada hamba-hambanya yang sentiasa berjuang dijalannya dan bersabar dengan ujian yang diberikan olehnya.

Jadi kenapakah kita tidak ada kesabaran seperti Rasulullah dan Para-para sahabat yang menghadapi ujian dalam perjalanan kehidupan mereka?

kita harus ingat bahawa setiap kesusahan yang datang mesti ada kesenangan selepas itu..
masalah adalah ujian untuk melatih kita matang dalam kehidupan dan bukan membuat kita jadi lemah..kita haruslah berani menempuh ujian dan masalah dengan hati yang tenang..jangan mudah mengalah..Allah kurniakan akal dan fikiran kepada kita untuk kita berfikir mencari jalan dan penyelesaian terhadap masalah..

CUBA LAH KITA FIKIR DAN RENUNG-RENUNGKAN PERJALANAN HIDUP KITA SEHARIAN..ADAKAH KITA TELAH BERJAYA MENGHADAPI MASALAH DAN UJIAN INI..?????

ANDA TAHU APA YANG ANDA FIKIRKAN..JADI PERCAYALAH PADA DIRI ANDA SENDIRI....

2 comments:

Fasihatun Najah said...

assalamualaikum...sy sokong pe yg saudara hemli ckp..btl mengapa kita perlu lari apabila ditimpa kesusahan..kesusahan yg dtg ini b'tujuan utk menguji hambanya samaada kuat atau lemah,samaada beriman kepadanya semasa ditimpa kesusahan atau beriman kepada sesuatu yg lain..sy sendiri diuji pelbagai mcm dugaan..dan dugaan yg paling hebat yg sy terima yg mana sy dikabarkn akan lumpuh..dugaan itu benar2 menguji kesabaran sy dan kdg kala sy hapir putus asa..tp bila direnung kembali mengapa skg sy perlu bersedih dan putus asa sedngkan dulu sy mampu hadapinya..btl kata saudara yg mana ujian yg dtg mematangkn kita..sy tanamkn 1 kata2 semangat dlm diri sy yg mana"jika aku diuji dgn sakit bermakna Allah melihatku dan disitu aku tahu Allah sayangkan aku,tp jika aku tidak diuji kesakitan bermakna Allah hendak melihat sejauh mana ingatanku terhadapnya"..


kecindan..
S.P.I.E.S 1K

Mohd Suhelmi Azham Mohd Saufi said...

kita tidak perlu takut untuk menghadapi kesakitan, sesungguhnya kesakitan yang kita alami adalah kerana Allah ingin menghapuskan dosa-dosa kita, bukan kerana dia ingin melihat hambanya menderita.Sebenarnya kita tidak sedar ketika kita sakit kita mesti menyebut nama ALLAH, sesungguhnya sesiapa mengingati Allah maka ada ganjaran pahala baginya..Bagi Saudari, tabah lah menghadapi dugaan, kerana disitu letaknya KEJAYAAN..tiada kemanisan kekal selamanya,sebaliknya kepahitan selalu menduga, sabarlah di atas kepahitam itu yang akhirnya membawa kepada kemanisan yang abadi....