Termenung Emira di ruang tamu rumah sewanya yang tenang tanpa hilai tawa teman-temannya yang menetap serumah dengan emira. aina, natasya, rushdiyana, emi. Mereka merupakan pelajar disalah sebuah IPTA di ibu kota. Dalam kesunyian itu. Fikiran Emira teringatkan ayah dan adik-adiknya di kampung, rizal, syam, sue dan ema yang paling tergambar difikiran Emira ialah ayahnya yang semakin tua dengan seribu kedutan di muka menyara dan menjaga adik-adiknya yang nakal dan yang manja, lebih-lebih lagi rengetan adik bongsunya ema yang kehilangan tempat bermanja setelah kematian bonda yang tercinta dua tahun yang lalu. Emira jualah sebagai ibu kepada adik-adiknya yang masih kecil lagi. Rasa rindu kepada keluarganya semakin membara, lantas Emira mencapai handphone lalu menghubungi ayahnya di kampung.
“assalamualaikum ayah!!!!!”salam emira kepada ayahnya,
“waalaikumsalam………...hmm..emira ke ni?” tanya ayahnya dalam keraguan..
“Aaa…….”jawab emira sambil menyambung dengan gurauan manjanya yang lembut…..” ayah ni…..suara anak sendiri pun tak kenal ke?”
“ abah lupalah mira…..dah lama mira tak telefon abah…almaklumlah abah ni dah tua..nak nyanyuk dah….” Balas ayahnya dengan kata seribu makna…
Terkedu seketika aina mendengar kata abahnya, Emira tahu dah dekat 2 minggu dia tak hubungi abahnya….
“ Mira sibuk lah abah…banyak assignment nak disiapkan….” Emira memberi alasannya..
“ Hmmm……abah faham…..” balas ayahnya..
“Kau bila nak balik mira..?adik-adik kau dah tertanya pasal kau..rindu mereka kat kamu…” Tanya ayahnya..
“ Insyaallah mira balik nanti cuti semester nanti, mira pun rindukan mereka abah..hari-hari dok tengok gambar mereka..semua sihat ke ayah? Tanya Emira dalam nada kerinduan.
“ sihat……….” Jawab ayahnya….
“ o.k lah abah…sampaikan salam kat adik-adik eh…..nanti mira call abah lagi…habis pulak kredit mira nanti…..assalamualaikum abah….”
“ waalaikumsalam…” abahnya memutuskan panggilan…
Kemudian emira teringat tentang perit mahu ayahnya menjaga dan menyaranya semasa di alam persekolahan dulu serta makan minum mereka sekeluarga. Apalah yang diharapkan sangat dengan kerja sebagai penjual air dengan menyara mereka berempat. Disitulah lahirnya semangat dalam diri Emira untuk berjaya dalam pelajaran dan membalas jasa ayah dan menjaga di hari tua. Emira mempunyai cita-cita untuk menjadi doktor dan telah mendapat tajaan dari kerajaan untuk menampung kos pembelajarannya di universiti.
Tersedar emira dari ingatannya…lalu emira melihat jam di tangannya…tepat pukul 3.00 petang.. Ya allah….kelas anatomi…..!!!!!! bergegas emira bersiap untuk ke kelas. Nasib baik rumah sewanya dekat dengan fakulti, hampir terlewat Emira masuk ke kuliah.
Emira memulakan pembelajarannya dengan sepenuh perhatian dan tenang setelah mendengar suara ayahnya sebentar tadi. Segala pembelajarannya diterima dengan baik oleh emira, mungkin berkat doa dari ayahnya dan bondanya di alam sana. “ IBU….AKAN KU JAGA ADIK DAN BALAS JASA AYAH SUATU HARI NANTI…”. Emira melihat kata-kata yang ditulis di buku nota anatominya.
Setelah selesai kuliah, emira mengajak teman-temannya yang tiada di rumah bersamanya tadi pulang ke ruma setelah sehari suntuk di library mencari bahan rujukan dan nota untuk peperiksaan nanti.
Dua minggu kemudian, peperiksaan akhir semester telah bemula. Dihari pertama peperiksaan, Emira telefon abahnya untuk meminta restu orang tua..
“ assalamualaikum abah….!!!!!”
“ waalaikumsalam….” Salam yang disambut oleh ayahnya berbeza dengan selalu..seakan keadaan tak sihat…
“ abah tak sihat ke…? Tanya emira kepada ayahnya…
“ abah demam mira….rasa penat dengan sakit dada..jangan risaulah..”
“ kalau tak sihat abah makanlah ubat eh….!!!, abah hari ni mira dah mula exam..mira nak abah doakan mira eh…!!!!!”
“ abah selalu doakan kamu mira…jawab elok-elok…baca doa banyak-banyak..”
“ Insyaallah mira jawab elok-elok nanti” balas Emira.
“ tak pe lah mira…pergilah… nanti lewat pulak…” seru ayahnya..
“ o.k….assalamualaikum abah”
“ waalaikumsalam” panggilan diputuskan.
Emira melangkah ke dewan peperiksaan dengan sepenuh keyakinan dan bersemangat..dengan lafaz yang mulia, Emira mula menjawab soalan dengan tenang.
Tiga minggu selepas itu peperiksaan telah tamat..dan emira begitu gembira kerana dapat menjawab dengan baik semuanya. Namun rasa tidak enak terasa dalam hatinya seolah sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap dirinya. Emira termenung semasa berjalan pulang kerumahnya bersama aina, natasya, rushdiyana dan emi. Mereka terlalu gembira, tetapi mereka bertanya kepada aina yang hanya diam sahaja.
“ mira…kenapa dengan you ni…? Diam jer….you ada masalah ke?” Tanya natasya.
“ I rasa tak sedap hatilah tasya….tak tahu kenapa..”
“ Do you have any problem with your papers” Tanya emi…
“ Everything is o.k…” balas emira dengan ringkas…tak pe lah mungkin I penat kot…
Semasa di rumah emira masih lagi diam tapi ada sedikit gurauan dengan temannya. Malam berlalu seperti biasa, emira lena dibuai keasyikan malam yang tenang tanpa gangguan masa untuk study.
Keesokannya, emira bangun pagi seperti biasa. Setelah menunaikan solat subuh, dia melabuhkan punggung di atas katilnya sambil melihat gambar ayahnya yang diletakkan di kepala katil. Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi, Emira keluar menonton tv di ruang tamu. Tiba-tiba handphone nya berbunyi lantas dengan tangkas Emira menjawab,
“ Hello…..akak”. emira terkejut kenapa adiknya Rizal telefon pagi-pagi ni.
“ kenapa angah…cam semput jer..” balas emira.
“ akak…..abah!!!!!!”.kenapa angah? Tanya emira dengan ingin satu kepastian..
“ abah kak…..abah dah tinggalkan kita selamanya kak…” jawab rizal sambil menangis tersedu-sedu..
“ abah……!!!!!!!!!!!” Jerit emira dengan sepenuh hati sehingga mengejutkan aina, natasya, rushdiyana dan ema. Mereka bergegas mendapat Emira.
“ akak……akak balik cepat eh…nanti angah suruh pak long uruskan dulu..” seru rizal kepada kakaknya..
“ angah tunggu eh..nanti akak balik secepat mungkin”
Aina, natasya, emi, diyana…..ayah aku telah pergi tinggalkan aku selamanya…kenapa harus aku terima segala ini…?. Sabarlah Mira…anggap ini semua dugaan dari Allah.. pujuk emi sambil memeluk tubuh emira, kau kemaslah barang-barang kau nanti aku panggilkan teksi.
Setelah sampai di rumahnya, emira berlari mendapatkan adik-adiknya lantas memeluk kesemuanya kecuali Ema yang berada dalam pelukan Mak Su, kemudian emira mendapatkan Mak Su dan memeluk dengan kuat. “ sabarlah mira…anggap ini dugaan dari Allah..Allah lebih menyanyangi ayah kamu nak….” pujuk Mak Su.
Emira naik ke atas terataknya, terbaring sekujur badan seorang perwira keluarga yang sanggup berjuang demi kehidupan anak-anaknya agar hidup tidak merana. emira mendekati mayat ayahnya yang terkujur kaku di pembaringan, lantas emira membuka kain batik jawa yang menutup wajah ayahnya lalu meratapi wajah ayahnya yang cengkung lalu dikucupi dahi dan pipi yang sejuk bagaikan bekunya sebuah kenangan yang dibawa bersama.
Setelah selesai pengkebumian ayah yang tercinta. Emira mendapatkan adik-adiknya dalam keadaan sugul dan kesedihan terhadap pemergiaan almarhum bapanya. Rizal dan syam memberikan kepada kakaknya sekeping nota yang ditulis sebelum abahnya menghembuskan nafas yang terakhir. Lalu Emira membacanya,
Mira,
Ini adalah pesanan abah kepada mira sebagai anak yang paling tua dalam anak-anak abah. Mungkin ketika mira membaca pesanan ini abah telah tiada di muka bumi ini.Abah telah rasa yang abah mungkin tidak sempat untuk berjumpa dengan kamu untuk menyatakan apa yang abah ingin pesan, abah tak nak ganggu mira kerana pada waktu itu mira sedang menghadapi peperiksaan yang paling penting. Abah sayangkan mira,sayangkan rizal,syam, sue dan ema. Abah korbankan segala hidup abah untuk besarkan kamu semua tapi mungkin abah tak sempat untuk melihat kamu berjaya seperti apa yang kamu citakan, biarlah abah bawa cita-cita kamu dan adik-adik bersama abah dan abah telah berikan yang terbaik untuk kamu semua.
Mira,
Jagalah adik-adik dengan baik setelah kamu berjaya nanti. miralah ibu dan miralah ayah sekarang..Miralah tempat adik-adik bergantung nanti, jangan bergaduh…sayangilah mereka..jangan berpisah. Abah tinggalkan kamu tanpa harta yang banyak, tapi abah tinggalkan sebuah rumah dan sedikit simpanan abah untuk adik-adik kamu..jangan biarkan pelajaran mereka terabai..
Mira,
Abah ingin memohon ampun dan maaf andai ada abah memarahi kamu semua, abah halalkan makan minum kamu semua. Abah rasa amat bahagia bile dapat berjuang untuk hidup kamu semua..abah bangga dapat anak-anak seperti kamu semua..MIRA, RIZAL, SYAM, SUE DAN EMA…….abah sayang kamu semua…Doakan abah dan ibu di sana aman dan damai..pasti arwah ibumu tenang disana melihat kamu berjaya begitu juga abah.
Maafkan abah sekiranya pemergian abah ini menyusahkan kamu……….
ABAH.....
Menitis berderai airmata emira dan adik-adiknya setelah membaca surat yang ditulis oleh seorang ayah. Lantas Emira memeluk kesemua adik-adik dan mencium dahi mereka dengan ciuman seorang ibu dan seorang ayah. Emira terkenang akan pengorbanan ayahnnya walaupun terpaksa berdepan dengan keperitan hidup demi sesuap nasi untuk anak-anaknya.
Dua tahun kemudian, Emira telah berjaya mencapai cita-citanya menjadi seorang pegawai perubatan dan telah menjaga adik-adiknya sehingga berjaya.
karya:
Mohd Suhelmi Azham Mohd Saufi
“PENGORBANAN AYAH DAN IBU TIADA TERHINGGA”
No comments:
Post a Comment