Monday, January 11, 2010

Isu nama Allah: Antara kelekaan manusia dan kesilapan pemerintahan

Isu penggunaan nama Allah adalah merupakan isu yang paling hangat diperdebatkan dan diperjuangkan pada masa kini, kita sedia maklum bahawa perkataan Allah adalah lazim digunakan oleh masyarakat melayu Islam kita setelah untuk sekian lamanya. Akan tetapi pada hari ini telah timbul satu tuntutan yang dilakukan oleh penganut kristian bagi menuntut penggunaan kalimah Allah ini sebagai ganti perkataan God dalam majalah keluaran mereka. Dan ini telah menimbulkan ketegangan antara agama di Negara ini yang menyebabkan berlakunya huru-hara yang sukar diramalkan jika ia tidak tidak ditangani dengan bijaksana.

Sedarkah kita wahai makhluk yang bernama manusia, sebenarnya inilah taktik perjuangan mereka untuk menghapuskan pengaruh Islam dibumi Allah ini. Sebenarnya kita telah leka, setelah sekian lama mereka menjajah minda kita secara diam sehinggakan kita telah hanyut dengan budaya barat ( kristian ) mereka dan membuatkan kita menjadi lemah dalam pegangan akidah Islam. Sekarang tibalah masanya mereka memulakan langkah yang lebih dahsyat lagi apaabila mereka ingin memanggil tuhan mereka sebagai Allah menggantikan God. Mereka bukannya tidak tahu bahawa orang melayu telah menganggap Allah itu sebagai tuhan, mereka lebih tahu, kerana mereka juga menyimpan Al-Quran dalam setiap gereja dan setiap paderinya sebagai rujukan mereka. Mereka memberikan berbagai hujjah dan alasan bagi membolehkan mereka menggunakan kalimah Allah ini untuk kegunaan mereka. Mereka berpendapat bahawa umat Islam pada hari ini telah lemah, tidak ramai yang dapat memberikan hujjah yang kuat dalam mempertahankan hak umat Islam kerana jiwa mereka telah lemah. Tapi sayangnya kita memikirkan semua ini. Kita hanya berpangku tangan hanya segelintir menyuarakan. Sebab itulah mereka berani melakukan semua ini kerana kita seya telah leka. Kita sendiri dapat lihat pada masa kini, nama sahaja Islam tetapi tidak mengamalkan cara hidup Islam, Solat tunggang langgang, aurat terbuka sana sini sampai nampak apa yang tersirat, tahukah kita bahawa telah ramai orang melayu kita telah bertukar ke agama mereka ( Kristian ), saya boleh katakan di sini tidak semua orang melayu ini disandarkan kepada Islam, bangsa arab sekalipun tidak semuanya disandarkan pada Islam kerana ada kalangan mereka yang beragama lain. Di sinilah puncanya kepada masalah yang timbul pada masa kini, disebabkan kelekaan kita di dunia ini maka mereka telah mengambil kesempatan untuk semua ini.

Sedarkah kita jika mereka menggunakan nama Allah ini menggantikan God maka punah ranahlah pemikiran umat Islam, penjelasan ini dapat dilihat dalam surah Al-Ikhlas yang mengatakan sesungguhnya “Dialah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah tuhan bergantung kepadaya segala sesuatu, Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tdiak ada seorangpun yang setara dengannya” di dalam ayat ini sudah jelas menggambarkan bahawa Allah itu adalah Tuhan yang satu dan tidak ada satu pun yang setara dengannya. Jadi jika piha kristian menggunakan nama Allah ini dalam penulisan mereka, maka bagi mereka yang tidak mempunyai ilmu agama yang mantap akan terpesong kerana di dalam ajaran kristian nama tuhan mereka terlalu banyak, antara jesus Christ dan God dan banyak lagi yang ada. Jadi ini akan mengelirukan fahaman agama kita, bahkan dalam masa yang sama inilah cara untuk menyekat penganut kristian untuk mendekati agama Islam kerana mereka akan berpendapat apabila membaca artikel yang ditulis dan ditukarkan kepada Allah mereka akan mengatakan bahawa ajaran mereka sama sahaja dengan dengan ajaran Islam..ini sudah pasti mengelirukan.

Dalam satu sejarah nabi apabila baginda berjumpa dengan ketua paderi pada masa baginda semasa menyampaikan dakwah Islam ini, datang seorang paderi memberi pendapat kepada nabi untuk melakukan ibadat dengan mengatakan siang adalah waktu untuk kami beribadat mengikut agamamu ( Islam ) dan malam pula kamu hendaklah mengikut agama kami ( kristian ), nabi menjawab “bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami”. Ingatlah semua, bahawa Allah telah mengatakan sesungguhnya orang yahudi tidak akan berdiam diri selagi kamu tidak mengikuti agama mereka. Maka disinilah dapat kita lihat bahawa inilah perjuangan mereka dalam isu ini.

Disini juga kesilapan pemerintahan kita apabila membenarkan mahkamah sivil mengendalikan kes ini, sedangkan kes yang melibatkan hak orang Islam atau berkaitan dengan orang Islam hendaklah dibicarakan diMahkamah Syariah seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan persekutuan, akan tetapi peruntukan itu adalah sekadar hiasan perundangan sahaja. Bagaimanakah hakim yang bukan Islam boleh membicarakan isu Islam yang amat sensitif ini ???yang langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam..memang Malaysia adalah bukan agama Islam sepenuhnya kerana perlembagaan memperuntukkan Islam ini adalah sekadar dalam upacara sahaja..Disini kuasa Raja-raja melayu diperlukan.Diharapkan kepada pemerintah agar mengubal perlembagaan terhadap hak-hak orang Islam dan mahkamah Syariah agar hak Islam terpelihara.

Ditulis oleh: MOHD SUHELMI AZHAM MOHD SAUFI
PADA: 12/01/2010.

No comments: