Wednesday, January 20, 2010

5 WASIAT ALLAH KEPADA RASULULLAH....

Dari Nabi S.A.W.."pada waktu malam aku diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya:

- Janganlah engkau gantung hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau....
- jadikan cintamu kepadaku sebab tempat kembalimu adalah kepadaku....
- bersungguh-sungguh engkau mencari syurga...
- putuskan harapan dari makhluk kerana seseungguhnya mereka tidak sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka...
- Rajinlah mengerjakan solat tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta qiyamullai...

Ibrahim bin Adham berkata," telah datang kepadaku beberapa orang tetamu dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat..Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T...

lalu mereka berkata " Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu:-

- Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya..
- orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan kata-kata hikmah darinya...
- orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya..
- orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
- orang yang bodoh janganlah kami harapkan sangat akan hidup hatinya...
- orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya...
- orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya....

MARILAH KITA BERSAMA BERFIIR DAN RENUNGKANLAH.................

Monday, January 11, 2010

Isu nama Allah: Antara kelekaan manusia dan kesilapan pemerintahan

Isu penggunaan nama Allah adalah merupakan isu yang paling hangat diperdebatkan dan diperjuangkan pada masa kini, kita sedia maklum bahawa perkataan Allah adalah lazim digunakan oleh masyarakat melayu Islam kita setelah untuk sekian lamanya. Akan tetapi pada hari ini telah timbul satu tuntutan yang dilakukan oleh penganut kristian bagi menuntut penggunaan kalimah Allah ini sebagai ganti perkataan God dalam majalah keluaran mereka. Dan ini telah menimbulkan ketegangan antara agama di Negara ini yang menyebabkan berlakunya huru-hara yang sukar diramalkan jika ia tidak tidak ditangani dengan bijaksana.

Sedarkah kita wahai makhluk yang bernama manusia, sebenarnya inilah taktik perjuangan mereka untuk menghapuskan pengaruh Islam dibumi Allah ini. Sebenarnya kita telah leka, setelah sekian lama mereka menjajah minda kita secara diam sehinggakan kita telah hanyut dengan budaya barat ( kristian ) mereka dan membuatkan kita menjadi lemah dalam pegangan akidah Islam. Sekarang tibalah masanya mereka memulakan langkah yang lebih dahsyat lagi apaabila mereka ingin memanggil tuhan mereka sebagai Allah menggantikan God. Mereka bukannya tidak tahu bahawa orang melayu telah menganggap Allah itu sebagai tuhan, mereka lebih tahu, kerana mereka juga menyimpan Al-Quran dalam setiap gereja dan setiap paderinya sebagai rujukan mereka. Mereka memberikan berbagai hujjah dan alasan bagi membolehkan mereka menggunakan kalimah Allah ini untuk kegunaan mereka. Mereka berpendapat bahawa umat Islam pada hari ini telah lemah, tidak ramai yang dapat memberikan hujjah yang kuat dalam mempertahankan hak umat Islam kerana jiwa mereka telah lemah. Tapi sayangnya kita memikirkan semua ini. Kita hanya berpangku tangan hanya segelintir menyuarakan. Sebab itulah mereka berani melakukan semua ini kerana kita seya telah leka. Kita sendiri dapat lihat pada masa kini, nama sahaja Islam tetapi tidak mengamalkan cara hidup Islam, Solat tunggang langgang, aurat terbuka sana sini sampai nampak apa yang tersirat, tahukah kita bahawa telah ramai orang melayu kita telah bertukar ke agama mereka ( Kristian ), saya boleh katakan di sini tidak semua orang melayu ini disandarkan kepada Islam, bangsa arab sekalipun tidak semuanya disandarkan pada Islam kerana ada kalangan mereka yang beragama lain. Di sinilah puncanya kepada masalah yang timbul pada masa kini, disebabkan kelekaan kita di dunia ini maka mereka telah mengambil kesempatan untuk semua ini.

Sedarkah kita jika mereka menggunakan nama Allah ini menggantikan God maka punah ranahlah pemikiran umat Islam, penjelasan ini dapat dilihat dalam surah Al-Ikhlas yang mengatakan sesungguhnya “Dialah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah tuhan bergantung kepadaya segala sesuatu, Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tdiak ada seorangpun yang setara dengannya” di dalam ayat ini sudah jelas menggambarkan bahawa Allah itu adalah Tuhan yang satu dan tidak ada satu pun yang setara dengannya. Jadi jika piha kristian menggunakan nama Allah ini dalam penulisan mereka, maka bagi mereka yang tidak mempunyai ilmu agama yang mantap akan terpesong kerana di dalam ajaran kristian nama tuhan mereka terlalu banyak, antara jesus Christ dan God dan banyak lagi yang ada. Jadi ini akan mengelirukan fahaman agama kita, bahkan dalam masa yang sama inilah cara untuk menyekat penganut kristian untuk mendekati agama Islam kerana mereka akan berpendapat apabila membaca artikel yang ditulis dan ditukarkan kepada Allah mereka akan mengatakan bahawa ajaran mereka sama sahaja dengan dengan ajaran Islam..ini sudah pasti mengelirukan.

Dalam satu sejarah nabi apabila baginda berjumpa dengan ketua paderi pada masa baginda semasa menyampaikan dakwah Islam ini, datang seorang paderi memberi pendapat kepada nabi untuk melakukan ibadat dengan mengatakan siang adalah waktu untuk kami beribadat mengikut agamamu ( Islam ) dan malam pula kamu hendaklah mengikut agama kami ( kristian ), nabi menjawab “bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami”. Ingatlah semua, bahawa Allah telah mengatakan sesungguhnya orang yahudi tidak akan berdiam diri selagi kamu tidak mengikuti agama mereka. Maka disinilah dapat kita lihat bahawa inilah perjuangan mereka dalam isu ini.

Disini juga kesilapan pemerintahan kita apabila membenarkan mahkamah sivil mengendalikan kes ini, sedangkan kes yang melibatkan hak orang Islam atau berkaitan dengan orang Islam hendaklah dibicarakan diMahkamah Syariah seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan persekutuan, akan tetapi peruntukan itu adalah sekadar hiasan perundangan sahaja. Bagaimanakah hakim yang bukan Islam boleh membicarakan isu Islam yang amat sensitif ini ???yang langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam..memang Malaysia adalah bukan agama Islam sepenuhnya kerana perlembagaan memperuntukkan Islam ini adalah sekadar dalam upacara sahaja..Disini kuasa Raja-raja melayu diperlukan.Diharapkan kepada pemerintah agar mengubal perlembagaan terhadap hak-hak orang Islam dan mahkamah Syariah agar hak Islam terpelihara.

Ditulis oleh: MOHD SUHELMI AZHAM MOHD SAUFI
PADA: 12/01/2010.

Wednesday, January 6, 2010

Di manakah martabatmu seorang wanita…..(MOHD SUHELMI AZHAM MOHD SAUFI)

Saya telah menjalankan satu kajian berkaitan remaja perempuan kita melakukan zina, hampir 80% dari mereka mengatakan bahawa mereka hanya ingin mencuba sesuatu yang baru apabila diajak melakukan zina ini, paling menyedihkan apabila mereka berkata adalah sekadar untuk suka-suka…saya tertanya..adakah ia silap ibubapa??silap guru??silap diri sendiri….kita menjadi keliru untuk menilainya…

Akan tetapi, hubungan mereka dengan yang melakukan tidaklah bertahan selamanya..hanya untuk seketika sahaja..dimanakah martabat seorang wanita???tidakkah hadirnya islam ke muka bumi ini mengangkat martabat wanita dari serendah martabat kepada setinggi martabat yang ditetapkan..akan tetapi..kenapakah mereka merendahkan martabat mereka kembali…

Bila saya bertanya kepada mereka..adakah mereka tidak takut sekiranya suami mereka tahu bahawa mereka tidak mempunyai kewanitaan lagi..alangkah terkejutnya bila jawapan diberikan oleh mereka dengan mengatakan mereka tidak takut kerana kekasih mereka dan bakal suami mereka pun pernah merasa zina itu…
Sidang pembaca sekalian, memang mereka pernah melakukan zina bersama. Akan tetapi sekiranya mereka tidak bertaubat ia memberi kesan kepada rumahtangga mereka, walaupun mereka bertaubat tanpa hukuman hudud..maka bayangan dosa yang nyata akan mengejar mereka hingga ke hari pembalasan..kerana dosa zina akan mengikut mereka hingga ke saat akhir umurnya…

Tidakkah kita semua takut, jika sekiranya pasangan yang berzina ini akan merosakkan tali persaudaraan manusia, membuatkan ketidaktentuan nasab hingga lahirnya anak dan dibuang merata tempat…adakah kita sanggup melihatnya…cukupkah dengan hanya melihat???..

Saudara-saudari sekalian,
Nikmat zina hanya sekejap, namun azabnya sampai kita diperhitungkan amalan…orang yang berzina akan ditarik nikmat ketenangan hidup didunia ini, akan dicabut wajah keimanan pada wajah mereka, akan melahirkan zuriat yang bodoh dan jahil, akan ditimpa musibah dari hasil penzinaan mereka…doanya akan terhijab selagi belum dihapuskan dosanya dengan hukuman hudud..akan ditimpa musibah..memangkah semasa belum kahwin ini belum merasai balasannya, akan tetapi..selepas kahwin tunggu lah balasannya..Allah itu tahu apa yang dicaturkan olehnya..

Saya sanjung wanita dengan setinggi sanjungan kerana dari rahimnya keluarnya insan yang bernama manusia..dengan tangannya membelai dan mengasuh insan yang bernama manusia hingga menjadi manusia yang berguna…sedarlah wanita, dirimu adalah penyeri hidup dunia ini, dijadikan mu dari rusuk lelaki untuk dilindungi dan dikasihi..bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dikaki untuk menjadi alas kaki…kau ibarat sekuntum bunga ditengah lalang…namun walaupun sekumtum..bunga itu tetap berseri..begitulah dirimu seorang wanita….