Sunday, August 22, 2010

4 GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian, sewaktu di hari kiamat wanita akan menarik bersama-sama empat golongan lelaki ke dalam nereka. Artikel ini adalah bukan untuk menjatuhkan atau memperkecilkan kaum wanita tetapi sebagai peringatan supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab mereka sebagai kaum lelaki yang harus dilakukan terhadap wanita sama ada terhadap Isteri, anak dan adik mereka. Kerana setiap dari kita adalah pemimpin, dan kita akan dipersoalkan tentang orang yang berada dibawah pimpinan kita. Berikut adalah golongan-golongan yang dimaksudkan.
1. AYAHNYA:-
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuan mereka semasa didunia, iaitu tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Mereka membiarkan anak-anak perempuan mereka tidak menutup aurat,tetapi memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik oleh anak perempuan mereka sendiri.
2. SUAMINYA:-
Apabila suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isteri mereka seperti bergaul bebas di pejabat dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami hanya berdiam diri walaupun dia seorang alim ulama, solat tidak pernah ditangguh dan puasa tidak pernah ditinggalkan maka dia juga akan ditarik ke dalam neraka oleh isterinya.
3. ABANG-ABANGNYA:-
Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita, iaitu ibu dan adik perempuannya jatuh kepada mereka yang bergelar abang ini. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarga mereka sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melengcong daripada ajaran Islam, maka tunggulah tarikan adik mereka menarik ke dalam neraka kelak.
4. ANAK-ANAK LELAKINYA:-
Apabila seseorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut Islam, apabila ibu membuat kemungkaran seperti kemungkaran, mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawab di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibu mereka.
Hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kaum lelaki bergelar ayah,suami,abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan.

Maksud firman Allah S.W.T:-
“Hai anak adam, peliharalah diri kamu dan ahlimu daripada api neraka di mana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu…”
Kaum wanita, kasihlah ayah anda. Suami anda, abang-abang dan anak-anak lelaki anda. Kasihkanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah Allah S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlasnya..MARILAH BERSAMA KITA BERFIKIR…….

Tuesday, March 2, 2010

TALAK: PERKARA HALAL YANG PALING DIBENCI ALLAH Olahan: Marzulina Omar, JAKIM Majalah Sinar Rohani, November 2003 ( file JAKIM )

Pembentukan keluarga yang berjaya ialah yang mampu mengikat
perasaan suami isteri dengan ikatan yang saling mengerti antara satu sama lain.
Ikatan yang melahirkan suasana bahagia dengan hiasan cahaya mata yang
menjadikan kehidupan rumah tangga aman sejahtera dan bahagia.
Kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada kedamaian. Tanpa
kedamaian, kehidupan berumah tangga tiada ertinya. Malah ia akan menjadi
suatu gelanggang permusuhan dan pergaduhan di antara suami dan isteri. Bila
perkara ini berlaku sudah tentu sebuah rumah tangga tersebut terdedah kepada
kehancuran. Maka bagi mewujudkan kedamaian rumah tangga, tanggungjawab
adalah kunci yang paling utama di mana tanggungjawab tersebut bukan sahaja
terbatas sekadar menyediakan tempat tinggal dan memenuhi segala tuntutan
fizikal seperti pakaian, makan minum, kenderaan dan sebagainya. Malah
tanggungjawab yang lebih khusus dan lebih utama ialah memberi kasih sayang,
menjaga hati dan perasaan pasangan. Oleh itu Islam mengadakan undangundang
yang lengkap bermula daripada seseorang itu merancang hendak
berkahwin hinggalah ke peringkat perceraian sekiranya hubungan suami isteri itu
tidak dapat diperbaiki lagi.
Perkahwinan dan Perceraian
Perkahwinan :
Perkahwinan merupakan satu komitmen yang serius di antara lelaki dan
perempuan untuk hidup bersama sepanjang hayat. Tujuan berumah tangga
ialah untuk “mencari ketenangan dan kedamaian di dalam hidup” : (ar-Rum
ayat 21
1) Memandangkan perkahwinan dan pembentukan keluarga ini sangat penting
maka perkahwinan tidak boleh dianggap sebagai suatu perkara yang mudah dan
ringan kerana kewajipan yang dipertanggungjawabkan adalah sangat besar.
Oleh itu setiap pasangan yang hendak berkahwin terutama yang masih muda
hendaklah disedarkan apakah dia sudah layak untuk berumah tangga atau
mampu untuk berkahwin? Sudahkah bersedia dengan ilmu pengetahuan?
Sekurang-kurangnya sekadar yang patut diketahui oleh bakal seorang suami
atau isteri, kewajipan menjadi seorang suami contohnya, hukum hakam yang
berkaitan dengan soal suami isteri dan tatasusila hidup berkeluarga.
Kedamaian hidup berumah tangga mestilah diatur sejak di awal
perkenalan iaitu mesti diselidiki latar belakang pasangan di peringkat pemilihan
pasangan lagi. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang
dianjurkan oleh Islam, insyaAllah akan ada kerukunan dalam perkahwinan.
Selain itu pasangan yang ingin berkahwin juga hendaklah memahami dengan
sebenarnya apakah tujuan di sebalik sesuatu perkahwinan tersebut. Andainya
perkahwinan itu sekadar memenuhi tuntutan nafsu dan melayan kehendak tanpa
memikirkan tujuan yang sebenarnya, maka perkahwinan tersebut akan lebih
terdedah kepada kehancuran. Justeru, bagi menjamin keharmonian, sesebuah
keluarga Islam mestilah mempunyai kekuatan iman dan taqwa, pengetahuan
dan tatacara hidup serta akhlak yang mulia.
Perceraian/ talak :
Cerai atau disebut juga sebagai talak mempunyai dua pengertian, dari segi
bahasa bermaksud melepaskan ikatan, manakala dari segi syarak ialah
melepaskan ikatan pernikahan dengan lafaz tertentu. Islam memberikan kuasa
talak kepada pihak suami manakala pihak isteri juga boleh menuntut perceraian
dalam bentuk-bentuk lain sama ada secara khuluk (tebus talak), fasakh dan
taklik melalui saluran Mahkamah Syariah. Ada tiga jenis talak yang perlu
diketahui oleh setiap pasangan suami isteri.
i) Talak Soreh iaitu talak yang jelas dan nyata. Contohnya suami telah
berkata: Aku jatuhkan kamu dengan talak satu; atau seumpamanya.
ii) Talak Kinayah, iaitu talak yang memerlukan kepada niat di mana ada
kalanya lafaz yang diucapkan itu berbeza-beza tetapi niatnya memang
hendak menceraikan isterinya. Contohnya suami berkata kepada
isterinya: Engkau tidak boleh aku gunakan lagi; atau kata-kata yang
seumpamanya.
iii) Talak Taklik iaitu talak yang bergantung kepada sesuatu perkara atau
perbuatan. Contohnya suami berkata: Jika engkau keluar dari rumah ini,
engkau aku talakkan dengan talak satu. Ia juga boleh berlaku apabila
suami berkata: Kalau aku kahwin lagi satu, engkau aku talak.
Sebagaimana cerai yang menunjukkan keterbukaan Islam dalam menyelesaikan
konflik rumah tangga begitulah juga Islam bersikap terbuka dalam
menyelamatkan sesebuah rumah tangga di mana telah disyariatkan adanya
tempoh iddah yang antaranya bertujuan untuk menilai kembali kesilapan,
menimbulkan penyesalan kerana keterlanjuran bertindak dan membolehkan
pasangan suami isteri menyambung ikatan kasih sayang mereka sebagaimana
sebelumnya melalui rujuk. Firman Allah SWT yang bermaksud: Talak (yang
boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, setelah itu bolehlah ia (rujuk dan)
dipegang terus (isterinya) dengan cara yang sepatutnya (makruf) atau
dilepaskannya (menceraikannya) dengan cara yang baik. (al-Baqarah: 229)
Faktor perceraian
“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Sebenarnya ramai
pasangan suami isteri tidak mencapai tujuan perkahwinan yang sebenarnya
dalam erti kata tidak ada kebahagiaan rumah tangga. Pelbagai bentuk konflik
dihadapi dalam ikatan perkahwinan mereka di mana konflik yang dilalui ini
andainya tidak dapat diatasi pasti memaksa sesuatu pasangan terbabit mencari
jalan muktamad iaitu bercerai yang memansuhkan ikatan perkahwinan.
Berdasarkan aduan yang diterima oleh Unit Perunding dan Pembangunan
Keluarga di beberapa Jabatan Agama Islam di negara ini, terdapat beberapa
faktor yang menyebabkan berlakunya perceraian seperti:
i) Salah seorang pasangan atau kedua-duanya meneruskan kebiasaan
tingkah laku dan sikap yang tidak sesuai dengan alam perkahwinan.
Bertindak bersendirian tanpa mengambil kira kesan kepada pasangan atau
perkahwinan. Membiarkan pasangan membuat tindakan secara sendirian.
ii) Penguasaan kefahaman terhadap agama berhubung dengan kehidupan
suami isteri kurang atau keluar daripada tuntutan Islam sebenar (kesan
kepada nilai dan personaliti).
iii) Pengurusan ekonomi rumah tangga tidak diuruskan mengikut konsep
kehidupan berumah tangga Islam iaitu berkongsi, bertolak ansur dan
mengutamakan yang utama.
iv) Pengurusan cara hidup keluar dari kawalan sosial dan syariat Islam seperti
minum arak, judi, menyalahgunakan dadah, berzina dan sebagainya.
v) Pengurusan hubungan dan komunikasi dengan pasangan dan keluarga
tidak lancar seperti mengutamakan diri atau keluarga sendiri lebih
daripada pasangan atau keluarga pasangan. Tidak mengambil berat
terhadap kesihatan, kebajikan pendidikan dan keperluan emosi ahli
keluarga.
vi) Menghadapi masalah peribadi yang tidak dapat dikongsi bersama
pasangan, mempunyai personaliti mendekat menjauh atau menjauh
menjauh seperti pemarah (emosional), cemburu buta, mendera dan
mementingkan perasaan sendiri.
vii) Salah seorang pasangan menghadapi masalah kesihatan seperti penyakit
yang menghalang berlaku hubungan jenis dalam jangka masa yang terlalu
lama, mempunyai nafsu seks yang terlalu tinggi atau lemah.
viii) Gagal mengimbangi tumpuan perhatian serta masa kepada pasangan dan
rumah tangga, lebih mementingkan kerjaya atau lain-lain kegiatan luar
rumah. Tidak dapat memahami budaya kerja pasangan.
ix) Pasangan tidak dapat mengawal pengaruh luaran daripada pergaulan
(kawan-kawan), persekitaran dan keluarga dalam membentuk atau
mencorak kehidupan suami isteri.
Bentuk-bentuk konflik
Terdapat tiga bentuk konflik yang biasa dihadapi oleh pasangan iaitu:
i) Nusyuz – dilakukan oleh salah seorang daripada pasangan. Dapat
dikesan melalui komunikasi pasangan seperti muka kelihatan masam,
wajah selamba atau tidak mahu bertentangan masa. Bercakap dengan
kasar atau tidak mahu bertegur sapa, pura-pura tidak mendengar atau
berkomunikasi melalui perantaraan. Tidak menghiraukan pasangan,
mengelak istimta’ dan bersetubuh. Tidak berlaku adil dalam poligami
sedangkan pasangan yang seorang lagi adalah orang yang berakhlak baik
dalam pergaulan dengan pasangannya. Bersikap atau tingkahlaku yang
membawa nusyuz kepada pasangannya.
ii) Syiqaq – Perselisihan faham suami isteri yang sudah sampai ke tahap
saling cerca-mencerca serta pukul memukul.
iii) Dharar – Penganiayaan suami kepada isteri sedangkan isteri adalah
wanita yang baik akhlaknya
Cara menangani konflik rumah tangga:
i) Mengelak keadaan yang boleh menimbulkan konflik sebagai langkah
mencegah berlakunya konflik.
ii) Mengadakan proses menyelesaikan masalah mengikut punca, bentuk dan
tahap konflik yang dihadapi oleh pasangan.
Menghindari konflik:
Walaupun perceraian adalah suatu perbuatan yang diharuskan oleh syarak,
namun menghindarinya punca berlakunya perceraian (konflik) adalah langkah
yang paling bijak antaranya ialah:
i) Mengesan perubahan di peringkat awal dengan memerhatikan air muka,
gerak geri dan percakapan.
ii) Elakkan dari bersangka buruk terhadap pasangan.
iii) Apabila menyedari terdapat isu-isu atau masalah yang berpotensi untuk
mengeruhkan hubungan suami isteri segera tanganinya tanpa menyimpan
sehingga menjadi banyak masalah dan melewat-lewatkan tindakan
sehingga keadaan menjadi bertambah parah.
iv) Apabila menyedari kelemahan atau kesilapan pasangan, bantu pasangan
untuk membuat perubahan atau baiki kesilapan. Berikan motivasi.
v) Apabila berhadapan dengan sesuatu isu atau masalah, pasangan perlu
menyatakan pendapat secara terbuka, tidak mengkritik pasangan atau
menyerang pasangan. Buatlah perbincangan dengan sikap tolak ansur.
vi) Dalam pergaulan, pasangan hendaklah menyelaraskan kehendaknya yang
inginkan rumah tangga bahagia dan harmoni serta bertimbang rasa dan
bersikap terbuka, sedia menerima pandangan pasangan terhadap dirinya.
Tidak cepat melenting dan sentiasa meminta maaf bila menyedari
kesalahan sendiri. Tunjukkan kasih mesra yang ikhlas dengan mencari
kekuatan dalam hubungan suami isteri.
vii) Tidak mendapatkan nasihat atau panduan daripada mereka yang tidak
mempunyai kepakaran atau tidak menyukai diri suami atau isteri.
viii) Amalkan teknik komunikasi berkesan dalam pergaulan suami isteri.
Prosedur Perceraian
Adalah disyorkan bahawa sebaik-baiknya perceraian itu hanya menjadi pilihan
terakhir jika semua cara penyelesaian lain menemui jalan buntu. Manakala
perceraian itu pula hendaklah dilakukan dengan makruf di mana perceraian itu
tidak sepatutnya digunakan untuk menjatuhkan martabat isteri. Islam telah
menetapkan peraturan perceraian dengan begitu halus dan teliti agar tidak ada
mana-mana pihak yang teraniaya di mana setiap negeri di Malaysia
menggunakan enakmen atau akta undang-undang keluarga Islam masingmasing.
Contohnya dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor
47;
(1) Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah
menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah
dalam borang yang ditetapkan, disertai dengan satu akuan mengandungi
butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur dan jantina anakanak,
jika ada, hasil daripada perkahwinan itu;
i) Butir-butir mengenai fakta-fakta yang memberi bidangkuasa
kepada Mahkamah di bawah Seksyen 45;
ii) Butir-butir mengenai apa-apa prosiding yang dahulu mengenai hal
ehwal suami isteri antara pihak-pihak itu, termasuk tempat
prosiding itu;
iii) Suatu pernyataan tentang sebab-sebab hendak bercerai;
iv) Suatu pernyataan tentang sama ada apa-apa, dan jika ada, apakah
langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian;
v) Syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan tempat
kediaman bagi isteri dan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada,
peruntukan bagi pemeliharaan dan penjagaan anak-anak dari
perkahwinan itu, jika ada, dan pembahagian apa-apa aset yang
diperolehi melalui usaha bersama pihak-pihak itu, jika ada, jika
tiada sesuatu persetujuan tersebut telah tercapai, cadangan
pemohon mengenai hal-hal itu; dan
vi) Butir-butir mengenai perintah yang diminta.
(2) Selepas menerima sesuatu permohonan untuk perceraian, Mahkamah
hendaklah membuat satu saman untuk diserahkan kepada pihak yang
satu lagi itu bersama dengan satu salinan permohonan itu dan akuan
berkanun yang dibuat oleh pemohon, dan saman itu hendaklah
mengarahkan pihak yang satu lagi itu hadir di hadapan Mahkamah untuk
membolehkan Mahkamah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu
bersetuju atau tidak terhadap perceraian itu.
(3) Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan
Mahkamah berpuashati selepas penyiasatan yang wajar bahawa
perkahwinan itu telah pecahbelah dengan tidak dapat dipulihkan maka
Mahkamah hendaklah menasihatkan suami supaya melafazkan satu talaq
di hadapan Mahkamah.
(4) Mahkamah hendaklah merekodkan hal satu talaq itu, dan hendaklah
menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang
berkenaan dan kepada Ketua Pendaftara untuk didaftarkan.
(5) Jika pihak yang satu lagi itu tidak bersetuju terhadap perceraian itu atau
jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah
bagi suatu perdamaian antara pihak-pihak itu, Mahkamah hendaklah
dengan seberapa segera yang boleh melantik suatu jawatankuasa
pendamai terdiri daripada seorang pegawai Agama sebagai pengerusi dan
dua orang lain, seorang untuk seorang lagi bagi isteri, dan merujuknya
kepada jawatankuasa itu.
(6) Pada melantik dua orang itu di bawah seksyen kecil (5), Mahkamah
hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib
pihak-pihak itu yang tahu akan hal keadaan kes itu.
(7) Mahkamah boleh memberi arahan-arahan kepada jawatankuasa pendamai
dan ia hendaklah menjalankannya.
(8) Jika jawatankuasa itu tidak bersetuju atau jika Mahkamah tidak
berpuashati tentang cara ia menjalankan perdamaian, Mahkamah boleh
memecat jawatankuasa itu dan melantik jawatankuasa lain
menggantikannya.
(9) Jawatankuasa itu hendaklah berusaha mencapai perdamaian dalam
tempoh enam bulan dari tarikh ia dibentuk atau dalam tempoh yang lebih
lama tidak sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.
(10) Jawatankuasa itu hendaklah meminta pihak-pihak terbabit hadir dan
hendaklah memberi tiap-tiap seorang dari mereka peluang untuk didengar
dan membuat apa-apa penyiasatan yang difikirkan patut dan boleh, jika ia
fikirkan perlu, menangguhkan prosidingnya dari semasa ke semasa.
(11) Jika jawatankuasa pendamai itu tidak dapat mencapai perdamaian dan
tidak dapat memujuk pihak itu supaya hidup semula bersama sebagai
suami isteri, jawatankuasa itu hendaklah mengeluarkan suatu perakuan
tentang hal yang sedemikian itu dan boleh melampirkan pada perakuan
itu apa-apa syor yang difikirkannya patut berkenaan dengan nafkah dan
penjagaan anak-anak belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,
berkenaan dengan pembahagian harta, dan berkenaan dengan hal-hal
lain berhubung dengan perkahwinan itu.
(12) Tiada seseorang peguambela dan peguamcara boleh hadir atau
bertindakan bagi mana-mana pihak dalam sesuatu prosiding di hadapan
sesuatu jawatankuasa pendamai dan tiada sesuatu pihak prosiding di
hadapan sesuatu jawatankuasa pendamai dan tiada sesuatu pihak boleh
diwakili oleh sesiapa jua, selain daripada seorang ahli keluarganya yang
karib, tanpa kebenaran jawatankuasa pendamai itu.
(13) Jika jawatankuasa itu melaporkan kepada Mahkamah bahawa perdamaian
telah tercapai dan pihak-pihak itu telah hidup semula bersama sebagai
suami isteri, Mahkamah hendaklah menolak permohonan untuk perceraian
itu.
(14) Jika jawatankuasa mengemukakan kepada Mahkamah suatu perakuan
bahawa ia tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk
pihak-pihak itu supaya hidup semula bersama sebagai suami isteri,
Mahkamah hendaklah menasihatkan suami yang berkenaan itu
melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah, dan jika Mahkamah tidak
dapat mendapatkan suami itu hadir di hadapan Mahkamah untuk
melafazkan satu talaq, atau jika suami itu enggan melafazkan satu talaq,
maka Mahkamah hendaklah merujuk kes itu kepada Hakam untuk
tindakan menurut seksyen 48. (15) Kehendak seksyen-kecil (5) tentang
rujukan kepada suatu jawatankuasa pendamai tidak dipakai dalam
sesuatu kes di mana pemohon mengatakan bahawa ia telah ditinggal
langsung oleh pihak yang satu lagi dan tidak tahu di mana pihak yang
satu lagi itu berada;
i) Di mana pihak yang satu lagi itu bermastautin di luar Malaysia
Barat dan ianya tidak mungkin masuk ke dalam bidangkuasa
Mahkamah yang berkenaan itu dalam masa enam bulan selepas
tarikh permohonan itu;
ii) Di mana pihak yang satu lagi itu sedang di penjara selama tempoh
tiga tahun atau lebih;
iii) Di mana pihak pemohon mengatakan bahawa pihak yang satu lagi
itu sedang mengidap penyakit otak yang tak boleh sembuh; dan
iv) Di mana Mahkamah berpuas hati bahawa ada hal keadaan yang
luarbiasa yang menyebabkan rujukan kepada suatu jawatankuasa
pendamai tidak praktik.
(15) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen kecil.
(16) Sesuatu talaq yang dilafazkan oleh suami atau sesuatu perintah yang
dibuat oleh Mahkamah tidak boleh berkuatkuasa sehingga tamat tempoh
‘iddah.
(17) Jika isteri hamil pada masa talaq itu dilafazkan atau pada masa perintah
itu dibuat, talaq atau perintah itu tidak boleh berkuatkuasa sehingga
berakhir kehamilan itu.
Oleh itu jika prosedur perkahwinan mesti didaftarkan maka perceraian
juga mestilah melalui saluran mahkamah serta didaftarkan. Kegagalan berbuat
demikian membolehkan pasangan dikenakan penalti oleh mahkamah. Semua ini
bertujuan untuk memelihara pasangan agar tidak mempermudahkan talaq selain
memudahkan isteri menuntut hak-hak selepas perceraian atau membuat isteri
apabila ingin berkahwin lain apabila tamatnya tempoh iddah.
Hukum perceraian melalui sistem pesanan ringkas (SMS)
Perceraian merupakan kata-kata yang senang dilafazkan oleh sesiapa jua pun.
Janji manis di alam percintaan sehingga membawa ke alam rumah tangga
kenikmatannya dirasai sekejap sahaja. Telah banyak kedengaran pada hari ini
pada suami mempermainkan perkataan talaq atau cerai kepada isterinya
disebabkan kejahilannya dalam pengetahuan tersebut (tidak memahami hukum
agama). Manakala di pihak isteri pula tidak kurang juga yang lantang menuntut
cerai daripada suami tanpa memikirkan akibat yang akan menimpa dirinya atau
anak-anaknya. Sedangkan menuntut cerai kepada suami tanpa ada sebab yang
harus di sisi syarak adalah haram sebagaimana maksud hadis Rasulullah SAW
yang bersabda: “Wanita manapun yang menuntut cerai kepada suaminya tanpa
ada sebab yang syari’i maka haram baginya bau syurga” (Abu Daud dan Ibnu
Majah). Malah baginda menegaskan lagi dalam hadisnya yang lain yang
maksudnya: “Perbuatan halal yang sangat-sangat dimurkai Allah ialah talak
(perceraian).” Manakala Allah SWT pula ada berfirman yang maksudnya: “Dan
bergaullah dengan mereka (isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian
jika kamu (merasai) benci (disebabkan tingkah lakunya) janganlah pula kamu
terburu-buru menceraikannya, kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedang
Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak
untuk kamu.” (an-Nisa’: 19)
Sesungguhnya persoalan-persoalan baru mengenai perkembangan moden
yang ada kaitannya dengan hukum munakahat Islam memerlukan ijtihad
semasa. Samalah jua dengan senario cerai melalui SMS baru-baru ini yang
menimbulkan polemik yang pelbagai di kalangan masyarakat. Isu ini menjadi
lebih hangat apabila pihak media turut memberi tumpuan terutama apabila
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang mengesahkan dan mensabitkan
perceraian pasangan suami isteri Shamsuddin Latif dan Azida Fazlina Abdul Latif
yang dikirimkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Ekoran daripada itu
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
kali ke 55 yang bersidang pada 27 Julai 2003 telah membuat penelitian
mendalam dan memberi pandangan mengenai hukum perceraian melalui SMS
sebagaimana berikut:
i) Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan
kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mail dan
sebagainya merupakan talak berbentuk kinayah dan adalah sah sekiranya
disertai dengan niat.
ii) Semua perceraian perlu dikemukakan ke Mahkamah Syariah untuk
mensabitkan talak tersebut.
iii) Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden
adalah perceraian yang tidak menepati adab perceraian yang digariskan
oleh syarak.
Kesimpulan
Sesungguhnya dalam menjalani kehidupan berumah tangga sesiapapun tidak
dapat lari daripada kemungkinan menghadapi ujian atau konflik. Tetapi
pasangan yang sering kali menghadapi konflik dalam rumah tangga
menunjukkan bahawa kemungkinan mereka tidak pernah memikirkan secara
serius berhubung dengan perkembangan dan kehidupan normatif yang berlaku
dalam rumah tangga mereka sedangkan penilaian dalam kehidupan berumah
tangga perlu selalu dilakukan. Persoalan-persoalan seperti: “Adakah pasangan
saya berpuas hati dengan keadaan perjalanan rumah tangga saya sekarang ini?”
harus sentiasa dipersoalkan. Kehambaran dalam perkahwinan akan mula dirasai
apabila pertelingkahan sering timbul akibat daripada tidak seriusnya individu
untuk berbincang rasa tidak puas hati di antara satu sama lain.
Hakikatnya kecekapan suami dan kebijaksanaan isteri amat diperlukan di
mana dalam setiap perkahwinan perlu mempunyai matlamat di mana seorang
suami atau isteri wajib menambah dan mendalami ilmu mengenai kekeluargaan
di samping berusaha menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh
amanah demi memelihara keteguhan rumah tangganya di mana bagi seorang
suami yang menjadi ketua keluarga hendaklah lebih berhati-hati dalam
menggauli isteri mereka kerana wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki
yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikap isteri yang tidak elok, maka sikap
itu akan kekal selama-lamanya. Lantaran itu dalam memberi nasihat kepada
isteri, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok
akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok
itu akan mudah patah. Dengan lain perkataan jika lemah seorang pemimpin itu
maka lemahlah struktur kepimpinannya. Rasulullah pernah bersabda yang
maksudnya: “Awas! Kamu semua adalah pemimpin, bertanggungjawab
terhadap rakyatnya. Ketua negara adalah pemimpin, bertanggungjawab
terhadap rakyatnya. Lelaki adalah pemimpin keluarganya, isteri adalah
pemimpin di dalam rumah suaminya, bertanggungjawab terhadap suami dan
anaknya. Dan hamba adalah pengurus harta tuannya, bertanggungjawab
terhadap rakyat di bawah pimpinannya masing-masing.”
Kempen yang dijalankan oleh kerajaan dalam mengukuhkan lagi institusi
kekeluargaan ‘Utamakan Keluarga: Semakin Hari Semakin Sayang’ seharusnya
disambut di mana kedua belah pihak mestilah sensitif dalam mengekalkan
kerukunan rumah tangga, lebih banyak bersabar dalam menelan pahit maung
kehidupan, membesarkan anak-anak dan dalam menghadapi kerenah pasangan
yang tidak menyenangkan. Mereka mestilah pandai mengambil hati antara satu
sama lain supaya tidak wujud ketegangan yang memungkinkan perceraian
kerana perceraian merupakan satu padah yang amat malang bagi sesebuah
rumah tangga. Akibat daripada perceraian bukan sahaja melibatkan pasangan
suami isteri, tetapi melibatkan anak-anak dan hubungan antara keluarga.

RUNDINGCARA: Jalan Mengatasi Masalah Keluarga Oleh:Dr. Siti Zulaikha Hj. Mohd. Noor, UKM, Majalah Sinar Rohani, November 2003. ( file JAKIM )

Rundingcara bukanlah suatu perkara yang baru muncul malah ianya wujud
bersama-sama dengan kewujudan masyarakat manusia. Dewasa ini rundingcara
yang berlaku mungkin berbeza dari segi cara dan metodenya dan bukan pula
secara ikhtisas.
Di kalangan masyarakat Islam di Malaysia istilah rundingcara perkahwinan
mula diperkenalkan bersama dengan perlaksanaan undang-undang keluarga
Islam di awal tahun lapan puluhan. Tetapi pada hakikatnya, rundingcara
perkahwinan telah pun diamalkan di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia.
Tetapi amalan tersebut mungkin tidak menetapkan istilah seperti yang digunakan
pada hari ini. Begitu juga dari segi metode dan tekniknya tidaklah sebagaimana
yang diamalkan buat masa kini.
Di kalangan masyarakat Islam di kampung-kampung yang masih utuh
semangat muafakat dan tali persaudaraan yang masih intim, setiap persoalan
yang berhubung dengan kekeluargaan tetap dibawa berunding. Oleh sebab
itulah timbul pepatah Melayu, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan
“Muafakat itu membawa berkat”. Umpamanya bermula dari urusan yang paling
kecil iaitu ketika maharnya dan seterusnya tentang pengurusan kenduri kendara
perkahwinan.
Suatu lagi faktor yang menjauhkan golongan muda dari golongan tua
ialah apabila golongan muda dari desa bekerja dan bermastautin di bandar maka
hubungan dengan ibu bapa atau datuk nenek mula jauh. Mereka susah untuk
mendapat nasihat dan tunjuk ajar dari golongan tua. Dalam hal yang seumpama
ini mereka tidak ada tempat untuk mengadu. Faktor corak hidup di bandar
merupakan suatu gejala yang boleh mempercepatkan lagi keperluan masyarakat
kepada rundingcara perkahwinan. Faktor inilah juga yang memantapkan lagi
perkhidmatan rundingcara perkahwinan di negara-negara yang telah maju
seperti di Amerika dan England.
Punca-punca Yang Menimbulkan Konflik Rumah Tangga
Punca-punca yang selalu menimbulkan konflik rumah tangga yang sering
diadukan ke mahkamah-mahkamah syariah ialah seperti:
i) Ketidakfahaman dan sikap cuai kedua suami isteri tentang
tanggungjawab perkahwinan seperti perkahwinan ketika usia terlalu
muda.
ii) Campur tangan mertua.
iii) Sikap suami yang bengis.
iv) Suami/isteri yang suka berpoya-poya.
v) Isteri yang terlalu cemburu.
vi) Suami mempunyai hubungan dengan wanita lain.
vii) Suami yang tidak mampu memberi nafkah.
viii) Perzinaan.
ix) Ketidakseimbangan dalam kemampuan seksual.
x) Isteri enggan dimadukan.
xi) Isteri mandul.
Masalah-masalah Rumah Tangga
Masalah-masalah rumah tangga boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang
besar seperti:
a) Ekonomi
b) Peribadi (emosi dan fizikal)
c) Seks
d) Sosial
a. Ekonomi
Di samping memenuhi keperluan psikologi perkahwinan juga mestilah
memenuhi keperluan ekonomi. Dengan kata lain, di samping memberi kasih
sayang kepada isteri, seorang suami juga berkewajipan memberi nafkah kepada
isteri dan anak-anaknya. Terdapat beberapa masalah dari aspek ekonomi yang
sering mencetus masalah rumah tangga seperti:
i) Suami yang sememangnya tidak mampu menyediakan nafkah yang
mencukupi.
ii) Suami yang sengaja cuai menyediakan nafkah yang mencukupi.
iii) Sikap isteri yang sentiasa meminta sesuatu yang sememangnya tidak
dapat diadakan oleh pihak suami.
iv) Sikap suami yang memeras harta isteri.
v) Jika kedua suami isteri sama-sama bekerja, terdapat pula sikap berkira
di antara keduanya di dalam menguruskan ekonomi rumah tangga.
b. Peribadi
Apa yang dimaksudkan dengan masalah yang berpunca dari peribadi ialah
masalah yang melibatkan sikap fizikal dan emosional seseorang suami atau isteri.
Umpamanya masalah kesihatan fizikal pihak suami atau isteri – suami yang
mengidap penyakit yang tidak membolehkan ia mencari nafkah atau melayani
isterinya. Begitu juga dengan isteri yang terlantar sakit atau tidak dapat
melahirkan zuriat. Manakala masalah emosional pula seperti sikap suami yang
cepat naik berang, perungus atau mempunyai kebiasaan melakukan kekerasan
fizikal terhadap pihak isteri. Atau terdapat juga keadaan di mana isteri pula
mengalami masalah emosional seperti garang atau terlalu cemburu.
Di dalam suatu kes yang pernah berlaku, si suami terlalu cemburu dan
tidak mempercayai pihak isteri kerana isteri mempunyai hubungan yang karib
dengan teman lelaki sepejabatnya. Dia telah dua kali menceraikan isterinya.
Apabila dianalisa tentang latar belakangnya ternyata pihak suami telah
mengalami satu trauma kesan dari perkahwinan ibu dan bapanya yang hancur
dan begitu juga dengan perkahwinan saudara-saudara perempuannya yang lain.
c. Seksual
Lazimnya masalah seksual terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam
aktiviti seksual.
Pertama: Seperti suami/isteri yang mempunyai keinginan yang terlalu kerap
atau sebaliknya suami yang terlalu dingin atau sememangnya telah hilang
keupayaan seksual.
Kedua: Kejahilan atau kurang pengetahuan untuk mencapai kepuasan seksual
sehingga menganggap pasangannya kurang mampu melayaninya.
Ketiga: Suami yang mempunyai sikap kasar melakukan hubungan seksual atau
luar biasa.
Keempat: Suami atau isteri mempunyai hubungan seksual dengan orang lain.
d. Sosial
Aspek soaial yang selalu mencetuskan konflik rumah tangga merangkumi
hubungan sosial di kalangan ahli keluarga (maksudnya hubungan dengan orang
lain). Konflik rumah tangga yang melibatkan hubungan dikalangan ahli keluarga
terjadi apabila menantu enggan menghormati mertua atau tidak mesra dengan
ipar-duai. Begitu juga konflik boleh berlaku jika ibu atau bapa tidak begitu
mesra dengan anak-anak. Malahan lebih buruk lagi jika tidak terdapat
kemesraan antara kedua suami isteri. Umpamanya pihak suami selalu
memikirkan soal pekerjaannya sehingga tidak ada masa yang terluang untuk
dihabiskan bersama-sama isteri dan anak-anaknya.
Manakala hubungan yang melibatkan orang yang di luar hubungan
kekeluargaan berlaku apabila suami atau isteri mempunyai hubungan kasih
dengan orang lain atau telah melakukan perzinaan. Begitu juga dengan sikap
suami atau isteri yang suka berpoya-poya.
Rundingcara Perkahwinan Menurut Perspektif Islam
Pada hakikatnya Islam telah menganjurkan prinsip-prinsip tertentu untuk
membentuk, mengekal dan memperbaiki sesebuah rumah tangga. Tetapi dari
segi tekniknya atau pendekatannya hendaklah disesuaikan dengan keadaan
semasa. Rundingan di dalam bidang kekeluargaan amat diperlukan pada tiga
peringkat berdasarkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada zaman
Rasulullah SAW dan para sahabat.
Pertama: Pada peringkat awal iaitu ketika memilih pasangan.
Kedua: Apabila berlaku konflik rumah tangga.
Ketiga: Bagi pasangan yang telah lama berkahwin, tiba-tiba timbul perasaan
dingin dari satu pihak terhadap pasangannya.
i. Rundingcara Pra-Perkahwinan
Apa yang dimaksudkan dengan rundingcara pra-perkahwinan ialah rundingcara
yang diberi sebelum seseorang dara atau teruna mempastikan calon
pasangannya. Islam telah menentukan ciri-ciri yang mesti diikuti dan mesti
dijauhi di dalam memilih pasangan hidup. Misalnya di dalam sebuah hadis
Rasulullah SAW telah menganjurkan supaya ciri agama diberi keutamaan
meskipun pada hakikatnya manusia mengambil kira dari segi harta, rupa paras
dan darjat keturunan. Di dalam hadis yang lain Rasulullah SAW melarang
seseorang lelaki mengahwini seorang wanita yang cantik jelita tetapi ia menjadi
punca kejahatan.
Salah satu daripada faktor yang boleh menguatkan ikatan perkahwinan
ialah rasa kasih dan suka kepada calon suami atau isteri, oleh itu Islam
menganjurkan supaya melihat calon pasangan masing-masing dengan penuh
adab yang digariskan oleh syara. Seorang calon suami dibenarkan melihat
setakat muka dan kedua tapak tangan calon pasangannya, tidak lebih dari itu.
Di samping itu selepas akad terdapat khutbah nikah yang menjelaskan
lagi tanggungjawab suami dan isteri. Oleh itu amatlah perlu bagi kedua
mempelai mendengar khutbah tersebut. Khutbah nikah mestilah disusun dengan
lebih kemas dan komprehensif. Meskipun dewasa ini kursus bagi pasangan yang
akan mendirikan rumah tangga telah dikendalikan, malah menjadi semakin
popular tetapi ternyata kursus yang diberikan hanya berkisar di sekitar tugas
suami isteri menurut perspektif hukum. Tetapi hal apa yang boleh
melengkapkan lagi kursus tersebut, termasuk juga hal yang berkaitan dengan
pengurusan perbelanjaan rumah tangga, pengurusan rumah tangga dan juga
kesediaan untuk menjadi ibu bapa (parenting).
Ternyata rundingcara pada peringkat awal ini lebih berbentuk tunjuk ajar,
penerangan dan perbincangan.
ii. Rundingcara apabila berlaku konflik rumah tangga
Dalam istilah fiqh terdapat perkataan “Nusyuz”. Nusyuz bermakna keadaan di
mana suami atau isteri enggan menunaikan kewajipannya sebagaimana yang
dituntut oleh syara’. Terdapat arahan yang jelas berhubung dengan sikap
seorang isteri yang enggan taat kepada suaminya.
Langkah awal yang mesti dilakukan terhadap isteri ialah dengan
menasihatinya.
Kedua, jika nusyuznya masih berterusan meskipun telah dinasihati maka
suami boleh meninggalkan tempat tidur dengan isteri.
Ketiga, pihak suami boleh memukul isterinya, pukulan sekadar mengajar
dan bukan pada tempat yang sensitif seperti di muka.
Sebaliknya jika pihak suami yang nusyuz maka isteri hendaklah mengadu
kepada Qadi.
Apabila nusyuz berlaku sehingga ke peringkat yang paling sengit maka
ianya dikenali sebagai “Shiqaq”. Apabila berlaku shiqaq maka terdapat satu
institusi pendamai yang dianjurkan oleh Islam yang dikenali sebagai “Hakim”.
Islam menganjurkan supaya dilantik seorang hakim mewakili pihak suami dan
seorang hakim mewakili pihak isteri.
Nusyuz di pihak isteri timbul apabila keadaan selisih faham kian
meruncing atau apabila pihak isteri terlalu membenci suaminya sehingga ia
menurut khuluk. Nusyuz dari pihak isteri boleh berlaku kerana sikap isteri sendiri
atau kerana sikap suami yang kejam.
Nusyuz dari suami pula berlaku kerana isteri sakit berpanjangan atau
kerana terlalu tua. Bagi isteri yang menyedari hakikat ini maka ia akan bertolak
ansur seperti memberikan gilirannya kepada isteri yang lain. Keadaan
seumpama ini telah berlaku kepada Saudah isteri Rasulullah SAW yang telah tua
dan mengizinkan gilirannya untuk A’ishah.
Pada peringkat ini rundingcara yang diperlukan adalah secara penyertaan
langsung (direct participation) terhadap masalah yang dihadapi oleh kedua-dua
pihak. Oleh itu konsep “Hakam” menetapi keperluan tersebut kerana wakil
dari kedua-dua pihak hendaklah terdiri dari kalangan mereka yang memahami
keadaan pihak yang diwakili. Maka dalam masyarakat yang sudah kompleks
ternyata lebih banyak aspek diceburi maka adalah wajar pihak yang terlibat
sebagai anggota Hakam terdiri dari berbagai-bagai kalangan.
iii. Rundingcara bagi Pasangan Yang Telah Lama Berkahwin
Terdapat dua keadaan bagi pasangan yang telah lama berkahwin:
Pertama, terdapat pasangan yang masih saling sayang menyayangi, malahan
hubungan menjadi lebih utama apabila semakin lama usia perkahwinan, kerana
pada peringkat tersebut perkahwinan lebih memupuk perasaan saling perlu
memerlukan dan persahabatan di antara keduanya.
Kedua, terdapat pasangan yang semakin lama usia perkahwinan mereka maka
semakin pudar kemesraan dan kasih sayang antara keduanya. (lama bermaksud
tujuh tahun ke atas).
Oleh sebab matlamat perkahwinan ialah untuk mengekalkan
“Mawaddah” dan “Sakinah” di dalam sebuah rumah tangga, dan penceraian
merupakan satu perkara halal yang paling dibenci oleh Allah SWT maka motif
utama rundingan pada peringkat ini ialah:
(a) Memperhebatkan kembali ikatan suami isteri;
(b) Memberi panduan untuk mengatur program kehidupan demi untuk
mengelakkan dari rasa bosan dan kesunyian;
(c) Oleh kerana perkahwinan dalam kategori ini melibatkan mereka yang
telah berusia pastilah dalam jangkamasa yang begitu lama semakin
banyak pula masalah yang timbul sama ada dari aspek sosial, ekonomi,
mental, fizikal dan sebagainya. Oleh itu jika masalah yang timbul terlalu
serius maka masalah tersebut mesti diatasi atau jika perlu dirujukkan
kepada mereka yang mempunyai kepakaran.
Sebagai kesimpulan bentuk rundingcara pada peringkat ini lebih
berbentuk menyedarkan atau peringatan dan juga perawatan atau
pemulihan (curative and rehalilitative).
Runding Cara Menurut Perspektif Undang-Undang
Keluarga Islam Di Malaysia
Sebelum tahun lapan puluhan terdapat kesedaran bahawa perlu diletakkan
pegawai wanita di Pejabat Qadi sebagai pembantu kepada Qadi. Negeri yang
pertama mewujudkan jawatan Pegawai Wanita ialah Negeri Selangor. Kemudian
diikuti oleh negeri-negeri lain. Ternyata pegawai-pegawai tersebut ditegaskan
hanya sebagai pembantu Qadi di dalam melayani aduan di samping menasihati
mereka.
Ternyata masyarakat Islam yang sedang berkembang pesat menghadapi
proses pembangunan di Malaysia sedang berhadapan dengan suatu kenyataan.
Kenyataan tersebut ialah unsur-unsur yang boleh meruntuhkan nilai-nilai insani
telah mula menular bukan sahaja di bandar-bandar malahan juga ke desa-desa.
Kesannya akhlak mulia manusia sudah mula rosak, kebendaan menjadi nilai
utama dan masalah rumah tangga juga perlu turut meningkat.
Oleh itu pelaksanaan undang-undang Keluarga Islam adalah bertujuan
untuk mewujudkan keluarga bahagia dan mempastikan perlindungan kepada
pihak yang teraniaya. Maka demi untuk mencapai matlamat tersebut kita tidak
semestinya beranggapan bahawa segala “hukuman” yang terkandung di dalam
undang-undang berkenaan dapat menggarap kesemua permasalahan keluarga
tanpa melihat bahawa kadang-kadang kesalahan itu dilakukan oleh manusia
kerana dia tidak tahu, jiwanya tidak tenteram atau berbagai-bagai masalah lagi.
Maka adalah lebih adil sebelum ia menerima sebarang “hukuman” maka ia
dinasihati atau dipulihkan. Semoga ikatan perkahwinan yang hampir terlerai itu
akan berjaya diselamatkan.
Sebenarnya tidak terdapat suatu peruntukan khusus tentang rundingcara
perkahwinan di dalam undang-undang keluarga, tetapi secara tidak langsung
terdapat peruntukan yang memerlukan Mahkamah menasihati kedua-dua pihak
yang terlibat sebelum meluluskan perceraian. Misalnya jika suatu pihak telah
bersetuju untuk bercerai dan Mahkamah telah berpuashati setelah melakukan
penyiasatan bahawa perkahwinan tersebut tidak boleh diselamatkan, maka
Mahkamah hendaklah menasihati pihak suami supaya melafazkan talaq.
Manakala dalam keadaan di mana suatu pihak lagi tidak bersetuju dengan
perceraian atau terdapat kemungkinan untuk berdamai maka Mahkamah
hendaklah melantik Jawatankuasa Pendamai yang terdiri dari seorang Pegawai
Agama (Pengerusi) dan dua orang lagi yang mewakili pihak suami dan isteri.
Di samping itu terdapat institusi HAKAM bagi menyelesaikan masalah
shiqaq yang berlaku di antara kedua suami isteri. Jika sekiranya HAKAM yang
dilantik buat pertama kali gagal untuk mendapat jalan penyelesaian maka
dilantik HAKAM yang baru.
Ternyata keadaan dewasa ini memerlukan kita menghayati sepenuhnya
syariat Islam demi untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat. Oleh itu, prinsipprinsip
pembinaan sebuah rumah tangga menurut perspektif Islam hendaklah
dihayati dan didokong dengan sepenuhnya. Berdasarkan kepada apa yang
berlaku ternyata persoalan berhubung dengan rundingcara perkahwinan di
kalangan masyarakat Islam perlu diperbaiki dan diperkemaskan. Oleh itu
dicadangkan:
(a) Setiap Pejabat Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian mempunyai Unit
Rundingcara.
(b) Setiap Unit Rundingcara mestilah mempunyai seorang kaunselor lelaki
dan seorang kaunselor wanita.
(c) Kerajaan Negeri mestilah membuat peruntukan bagi jawatan
Kaunselor.
(d) Seorang Kaunselor mestilah mempunyai ijazah Pertama dalam bidang
Syariah dan diploma dalam bidang rundingcara.
(e) Setiap Enakmen Keluarga Islam mestilah membuat peruntukan yang
khusus berhubung dengan Unit Rundingcara dan bidang kuasa dan
tugas-tugasnya.
(f) Peruntukan berhubung dengan Jawatankuasa Pendamai dan HAKAM
mestilah dirombak untuk diubahsuai dengan peruntukan berhubung
dengan Unit Rundingcara.

1 PERWALIAN DALAM ISLAM ( file JAKIM )

1. PENDAHULUAN
Wali adalah satu aspek penting dan utama dalam perkahwinan, ia menentukan
sah atau tidaknya sesuatu akad nikah yang dijalankan ini dapat difahami dari
hadis Nabi s.a.w.:
" لاَ نِكَاحَ إِلاَّ بِوَلِيٍّ "
Maksudnya: “ Tidak sah nikah kecuali dengan wali. ”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Dan Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: “Maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menghalang mereka
daripada berkahwin semula dengan bekas-bekas suami mereka, apabila mereka
bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik”.
(Surah al-Baqarah, ayat: 232)
Oleh itu menjadi tugas utama Penolong Pendaftar dan Pendaftar perkahwinan
dan masyarakat amnya memastikan wali yang menepati ketetapan syarak dalam
urusan perkahwinan, kerana kecuaian dalam masalah wali menyebabkan
pasangan menghadapi masalah di masa hadapan, yang mengakibatkan tekanan
emosi dan perasaan, sepertimana berita yang kita temui melalui media massa
2
berhubung pasangan yang terpaksa difarak atau dipisahkan buat sementara
waktu kerana didapati pernikahan itu tidak sah disebabkan masalah wali, begitu
juga ada majlis akad nikah yang terpaksa ditangguhkan kerana masalah yang
sama iaitu status wali diragui.
Untuk mengatasi masalah di atas supaya tidak berulang lagi, kita semua perlu
mengambil tanggungjawab bersama memahami masalah perwalian dalam
palaksanaan sesuatu perkahwinan, kerana perwalian adalah perkara pokok yang
perlu dikenalpasti sebelum sesuatu akad nikah dijalankan, dan kita jangan
mengambil jalan mudah dalam masalah wali, kerana tertib susunan wali
ketentuan Ilahi yang tidak boleh dilangkaui dan perlu dipatuhi sepertimana yang
telah ditetapkan oleh syarak, tiada kompromi dan tolak ansur dalam mematuhi
tertib / susunan wali tanpa sebab yang disyarakkan.
2. TAKRIF WALI
2.1 Perkataan wali diambil daripada perkataan Arab Al-Wilayah ( ( اَلْوِلاَيَةُ
yang bererti kesanggupan bertindak mengurus atau kekuasaan mentadbir
sesuatu seperti mengurus anak yatim dengan menjamin keperluannya
dan memperwalikan perempuan iaitu menjalankan akad nikah ke atasnya.
2.2 Ringkasnya, takrif wali dapat dibahagi kepada dua:
a) Dari segi bahasa : Kesanggupan bertindak, mengurus atau
kekuasaan mentadbir sesuatu.
b) Dari segi istilah : Orang yang memiliki atau diberikan
kuasa syarak untuk mengakad nikah.
3. SEBAB-SEBAB WILAYAH / KEKUASAAN
3
3.1 Terdapat empat sebab seseorang itu mendapat Wilayah / Kekuasaan
untuk menjadi wali.
a) Wilayah / Kekuasaan dengan sebab sifat kebapaan.
b) Wilayah dengan sebab sifat Asobah ( seperti dalam masalah harta
pusaka).
c) Wilayah dengan sebab memerdekakan hamba ( tuan yang
memerdekakan hamba ).
d) Wilayah / kekuasaan dengan sebab kekuasaan sebagai sultan atau
Raja.
4. BAHAGIAN WALI
4.1 Wali / Wilayah terbahagi kepada2 :-
a) Wali mujbir / paksa
b) Wali ikhtiar.
4.2 Wali Mujbir dianggap sebagai wali yang sempurna, kerana ia mempunyai
kuasa penuh untuk megahwinkan orang di bawah jagaannya, walaupun
bapa boleh mengahwinkan anaknya yang masih dara tanpa izinnya, tetapi
sunat bagi bapa meminta izinnya, dan bapa juga tidak boleh bertindak
sesuka hati mengguna kuasa ijbarnya, ia perlu memastikan tindakan itu
memang perlu dan wajar untuk kebaikan anaknya, kerana itu Islam
meletakkan tiga syarat yang membolehkan bapa mengguna kuasa paksa/
ijbarnya kepada anaknya.
1) Tidak ada perseteruan yang nyata di antara bapa dan anak
gadisnya.
4
2) Hendaklah calon suami itu kufu / sesuai denga anaknya.
3) Hendaklah suami itu mampu membayar mahar dengan segera.
4.3. Anak perempuan janda, bapa / wali tidak boleh memaksa anaknya yang
telah janda, kecuali dengan izin yang jelas daripadanya kerana hadis Nabi
s.a.w. yang diriwayatkan oleh Darulqutni menyatakan:
" اَلثَّيِّبُ أَحَقُّ بِنَفْسِهَا مِنْ وَلِيِّهَا وَالْبِكْرُ يُزَوِّجُهَا اَبُوْهَا "
Maksudnya: “Perempuan yang janda itu lebih berhak ke atas dirinya
sendiri dari walinya dan perempuan yang dara itu dikahwinkan oleh
walinya”.
4.4 Wali ikhtiar adalah wali yang sabit dari semua wali-wali dari Asobah pada
menghawinkan perempuan dengan izinnya, termasuk dalam wali ikhtiar
ialah wali Akrab dan Wali Aba`ad, iaitu wali yang sabit perwaliannya
apabila ketiadaan Wali Mujbir iaitu Bapa atau Datuk sebelah bapa, wali ini
terpakai kepada perempuan dewasa yang berakal dan ia tidak
mempunyai kuasa paksa di dalam akad nikah. Wali Ikhtiar hanya boleh
mengahwinkan setelah mendapat persetujuan / izin perempuan. Lafaz izin
diperolehi dengan dua cara:
a. Bagi perempuan yang janda, perlu lafaz izin secara jelas dalam
bentuk lafaz tidak memadai diamnya.
b. Izin perempuan yang dara memadai dengan diamnya.
Nabi s.a.w. bersabda:
5
" وَالْبِكْرُ يَسْتَأْمِرُهَا أَبُوْهَا وَإِذْنُهَا سُكُوْتُهَا "
Maksudnya: “Perempuan yang dara sunat diminta izin oleh bapanya, dan
izinnya adalah diamnya”.
(Hadis riwayat Imam Muslim)
4.5 Mengikut Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)
1984 Akta 303 berhubung dengan wali adalah seperti berikut :-
Seksyen 7.
(1) Sesuatu perkahwinan di Wilayah Persekutuan hendaklah mengikut
peruntukan Akta ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum
Syara` Oleh :-
a. Wali dihadapan Pendaftar.
b. Wakil wali di hadapan Pendaftar dan dengan kebenaran
Pendaftar, atau
c. Pendaftar sebagai wakil wali.
(2) Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang
tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syarak, perkahwinan
itu hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali raja.
5. SYARAT-SYARAT MENJADI WALI
6
5.1 Syarat-syarat yang perlu ada pada seseorang wali adalah seperti berikut:-
a) Lelaki
b) Baligh dan berakal
c) Beragama Islam
d) Bersifat adil tidak fasik
e) Wali tidak dalam ihram
f) Merdeka / Bukan hamba
g) Tiada kecacatan penglihatan ( disebabkan tua ) yang boleh
menjejaskan pandangan.
5.2 Keterangan ringkas mengenai syarat-syarat wali:
a) Wali lelaki – orang perempuan tidak diberi kuasa menjadi wali
kepada orang lain dan tidak boleh menikahkan dirinya sendiri.
b) Wali itu baligh dan berakal, oleh itu tidak sabit perwalian kanakkanak
yang mumaiyiz terhadap orang lain. Hendaklah wali itu tidak
gila dan tidak rosak fikiran misalnya terlalu bodoh / safih ( .( سَفِيْه
Maksud Safih di sisi Imam Al-Syafie ialah orang yang membazirkan
hartanya dengan perkara haram seperti berjudi, minum arak dan
sebagainya, kerana itu mengikut hukum syarak pemerintah boleh
menahan hartanya dari diguna pemilik yang safih.
c) Wali itu adalah seorang Islam. Orang kafir tidak boleh
mengahwinkan perempuan Islam kerana tidak ada Al-Wilayah
(kekuasaan) orang kafir terhadap orang Islam. Firman Allah
S.W.T.:
7
Maksudnya: “Dan Allah tidak akan menjadikan orang kafir
mempunyai sebarang jalan (perwalian) kuasa terhadap orang
mukmin”.
(Surah Al-Nisa’, ayat: 141)
Demikian juga al-Wilayah dalam perkahwinan merujuk kepada
golongan Asobah seperti dalam masalah harta pusaka, dalam
masalah ini orang Islam dan orang kafir tidak boleh saling mewarisi
harta pusaka antara satu sama lain.
d) Wali adil – maksud adil ialah tidak melakukan dosa-dosa besar,
tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, dan tidak melakukan
perkara-perkara yang menjatuhkan maruah seperti kencing dijalanjalan
raya, tanpa bertaubat, tetapi apabila wali bertaubat dengan
sebenarnya, maka ia layak untuk menjadi wali.
e) Wali tidak dalam Ihram
Orang yang sedang berihram haji atau umrah tidak boleh
berkahwin atau mengahwinkan orang lain sebagaimana yang dapat
difahami dari hadis Nabi s.a.w.:
" لاَ يَنْكِحُ الْمُحْرِمُ وَلاَ يُنْكَحُ وَلاَ يخطب "
8
Maksudnya: “Orang yang berihram (lelaki dan perempuan) tidak
boleh berkahwin dan tidak boleh mengahwinkan (perempuan sama
ada yang berihram ataupun tidak), dan dia tidak boleh meminang”.
(Hadis riwayat Imam Muslim)
f) Wali itu merdeka, oleh itu hamba tidak mempunyai kuasa perwalian
terhadap sesiapa pun, kerana apabila dia tidak mempunyai kuasa
ke atas dirinya sendiri maka sudah pasti dia tidak mempunyai
kuasa terhadap orang lain.
6 TERTIB WALI
Tertib wali dalam perkahwinan orang Islam adalah satu tuntutan yang
perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak samaada
pasangan yang akan berkahwin, ibubapa, terutama mereka yang terlibat
secara langsung dalam urusan perkahwinan, seperti Penolong Pendaftar
dan Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk. Di sini diperturunkan susunan wali
mengikut tertibnya:-
i) Bapa kandung
ii) Datuk lelaki sebelah bapa ke atas
iii) Saudara lelaki seibu sebapa
iv) Saudara lelaki sebapa
v) Anak saudara lelaki sebelah bapa seibu sebapa ke bawah.
vi) Anak saudara lelaki sebapa ke bawah.
vii) Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
viii) Bapa saudara sebelah bapa sebapa
ix) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah
(sepupu)
9
x) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah (sepupu)
xi) Bapa saudara bapa seibu sebapa (datuk saudara)
xii) Bapa saudara bapa sebapa (datuk saudara)
xiii) Anak lelaki bapa saudara bapa seibu sebapa (dua pupu)
xiv) Anak lelaki bapa saudara bapa sebapa ke bawah (dua pupu)
xv) Bapa saudara datuk lelaki seibu sebapa
xvi) Bapa saudara datuk lelaki sebapa
xvii) Anak lelaki bapa saudara datuk lelaki seibu sebapa ke bawah
xviii) Anak lelaki bapa saudara datuk lelaki sebapa ke bawah
xix) Wali hakim / raja
xx) Wali tahkim ( bagi negeri yang tiada wali hakim )
xxi) Al-Mu’tiq ( اَلْمُعْتِق ) tuan yang memerdekakan hambanya yang
perempuan.
7. PERNIKAHAN / AKAD NIKAH MELALUI WALI HAKIM
7.1 Bagi perempuan yang tiada mempunyai wali nasab, atau mempunyai
masalah dengan wali, mereka boleh mendapatkan wali Hakim / Wali Raja
kerana Raja menjadi wali bagi mereka yang tiada wali, Hadis Nabi s.a.w.:
" اَلسُّلْطَانُ وَلِيٌّ مَنْ لاَ وَلِيّ لَهُ "
Maksudnya: “Sultan / Raja adalah menjadi wali bagi mereka yang tidak
mempunyai wali”.
(Hadis riwayat Ahmad dan Ashabul Sunan Al-Arba`ah dari Aishah)
10
Pernikahan yang memerlukan Wali Hakim bagi perempuan yang
mempunyai masalah dengan wali dalam keadaan berikut:-
a) Wali enggan
b) Wali ghaib / hilang
c) Wali bagi saudara baru
d) Wali bagi anak tak sah taraf
e) Wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali nasab
7.2 Mengikut seksyen 13(b) Akta Undang-Undang keluarga Islam Wilayah
Persekutuan, menjelaskan bahawa:-
Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak
perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am
atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas
penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi
persetujuannya terhadap perkahwinan itu oleh wali raja mengikut hukum
Syarak, persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada
mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali tidak
dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa
sebab yang mencukupi.
7.3. Mengikut seksyen 18(1) Dalam mana-mana kes berikut, iaitu:-
(a) Jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang
dicadangkan itu adalah di bawah umur yang dinyatakan
dalam seksyen 8; atau
(b) Jika pihak perempuan adalah seorang janda yang tersabit
oleh seksyen 14(3); atau
(c) Jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab
mengikut Hukum Syara’.
11
Maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen
17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syar`iah yang
mempunyai bidang kuasa di tempat perempuan itu bermastautin.
8. PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN PERINTAH WALI HAKIM
DARI MAHKAMAH SYARIAH
8.1 Tindakan Pertama. Permohonan perlu menyediakan dokumen seperti
berikut:-
i. Salinan kad pengenalan pemohon
ii. Surat beranak pemohon
iii. Salinan Sijil Nikah Wali
iv. Salinan Kad Pengenalan Wali ( bagi perempuan )
v. Salinan Kad Pengenalan saksi ( 2 orang lelaki )
vi. Surat pengesahan teruna / dara daripada majikan / ketua
kampung / Penghulu / Pengawa, Surat Akuan Bersumpah
bagi yang tiada majikan.
vii. Salinan sijil kematian ( bagi balu atau duda )
viii. Sijil cerai yang asal ( bagi janda atau duda )
ix. Perakuan memeluk Islam ( bagi saudra baru )
8.2 Tindakan Kedua
a) Mengisi borang permohonan untuk berkahwin dengan sempurna
dan melampirkan dokumen di atas ( yang berkaitan dengan
pemohon sahaja ).
b) Pemohon dan dua saksinya perlu hadir ke Bahagian Perundangan
Syariah, Jabatan Agama Islam Negeri atau Daerah dan bertemu
12
dengan pendaftar untuk menyatakan masalah yang dihadapi
sebagai contoh wali enggan, dalam kes wali enggan dokumen yang
diperlukan:
i) Salinan kad pengenalan pemohon dan dua orang saksi.
ii) Surat akuan dara.
iii) Surat cerai asal atau salinan sijil kematian ( bagi janda atau
balu ).
c) Pendaftar akan mengeluarkan surat temu janji kepada wali
menjemput beliau untuk berbincang dan mendapatkan persetujuan
wali.
d) Jika wali tetap enggan, samaada tidak hadir pada hari temujanji
atau hadir temujanji, tetapi tetap enggan untuk menjadi wali,
pendaftar akan menyediakan satu laporan yang menyatakan
tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pemohon dan pendaftar
untuk mendapatkan persetujuan wali.
e) Laporan tersebut akan diserahkan kepada pemohon untuk
dipanjangkan ke Mahkamah Syariah sebagai lampiran bersama
borang permohonan wali hakim di Mahkamah Syariah.
f) Setelah mendapat perintah menggunakan wali hakim daripada
Mahkamah Syariah pemohon hendaklah hadir semula ke Bahagian
Perundangan Syariah Jabatan Agama Islam Negeri atau Daerah
untuk urusan akad nikah.
g) Akad Nikah dilakukan oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar
yang ditauliahkan sebagai Wali Hakim.
13
7. KESIMPULAN
Wali adalah salah satu dari rukun-rukun nikah yang perlu dikenalpasti dan
dilaksanakan mengikut tertib atau susunannya yang sebenar. Kegagalan
mematuhinya mengakibatkan akad nikah yang dijalankan tidak sah dan memberi
kesan yang negatif kepada pasangan, keluarga, masyarakat dan Institusi
Pentadbiran Agama Islam. Oleh itu menjadi tanggungjawab semua pihak
terutama keluarga terdekat mesti berani berterus terang menyatakan kebenaran
dan Penolong Pendaftar dan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk pula perlu mahir
dalam masalah perwalian dan cekap serta cermat dalam soal selidik berhubung
dengan tertib wali.

TAJUK : MUTA’AH ( PEMBERIAN SAGU HATI KEPADA ISTERI SETELAH BERCERAI ) ( file JAKIM )

TAJUK : MUTA’AH ( PEMBERIAN SAGU HATI KEPADA ISTERI SETELAH BERCERAI )
1. DEFINISI MUTA’AH
Muta’ah berasal dari kalimah Bahasa Arab iaitu al-Mataa’ ( عاتم ) yang membawa maksud perkara yang menyukakan hati dan boleh dimanfaatkan. Dari segi syarak ialah طورشب ةقرافمل جوزلا ىلع بجي لام Maksudnya pemberian harta yang diwajibkan ke atas suami untuk diserahkan kepada isteri setelah berpisah ( bercerai ) dengan syarat-syarat tertentu.
Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984, “ muta’ah “ bererti bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syara’ kepada isteri yang dicerai “.
Kamus Dewan, edisi ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Tahun 2002, halaman 913 pula menyatakan erti muta’ah ialah pemberian suami ( tidak diwajibkan kepada isteri setelah diceraikan, manakala “kahwin mutaah” adalah kahwin kontrak atau sementara ( yang dibenarkan pada peringkat awal perkembangan Islam, tetapi kemudiannya diharamkan).
Apa yang hendak kita perbincangkan di sini, bukan kahwin kontrak tetapi, adalah muta’ah dari sudut pemberian @ sagu hati suami kepada bekas isteri selepas diceraikan untuk mengurangkan tekanan perasaan isteri dan sebagai bayaran gantian kesepian isteri oleh sebab perceraian yang berlaku antara mereka berdua.
Dalil wajib memberi muta’ah kepada mereka seperti firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah ( surah 1: ayat 236 )
Mafhumnya :
“ Dan tidaklah kamu bersalah ( dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin / mahar) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh ( bercampur ) dengan mereka atau ( sebelum ) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka, walaupun demikian, hendaklah
1
kamu memberi muta’ah ( pemberian sagu hati ) kepada mereka ( yang diceraikan itu ) Iaitu : Suami yang senang ( hendaklah memberi sagu hati itu ) mengikut ukuran kemampuannya: dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian sagu hati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang ( yang mahu ) berbuat kebaikan”.
Dalil kedua dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 241:
Mafhumnya:
“Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat muta’ah ( pemberian sagu hati ) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang bertaqwa”.
2. GOLONGAN YANG BERHAK
Pemberian muta’ah wajib diberi oleh suami kepada bekas isteri dalam keadaan berikut :-
a) Apabila diceraikan selepas berlaku persetubuhan.
b) Isteri diceraikan sebelum disetubuhi dan mas kahwin pula tidak disebutkan semasa akad nikah.
c) Jika isteri dihukumkan supaya berpisah dengan suaminya ( perpisahan disebabkan oleh suami seperti dia murtad atau meli’an / menuduh isteri berzina. Perpisahan itu berlaku selepas persetubuhan atau sebelum persetubuhan dengan syarat mas kahwin tidak disebut dalam akad ).
Sekiranya isteri diceraikan sebelum persetubuhan dan mas kahwinnya disebut dalam akad nikah, isteri tidak berhak mendapat muta’ah. Ini kerana dia belum mendapat separuh daripada mas kahwin, sedangkan dia masih belum memberikan apa-apa khidmat kepada suaminya. Jika perceraiannya berlaku disebabkan oleh isteri seperti isteri murtad, perceraian secara khuluk ( tebus talak ) dan nusuz, isteri tidak berhak mendapat apa-apa. Walau bagaimanpun bagi kes isteri yang pernah disetubuhi, sekalipun perceraian itu berpunca daripada isteri sendiri tidaklah gugur haknya untuk mendapat mahar sepenuhnya.
3. PEMBERIAN MUTA’AH MENURUT ENAKMEN KELARGA ISLAM
2
Mengikut peruntukan dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 ( Akta 303 ), di bawah seksyen 56 dalam tajuk muta’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut berbunyi seperti berikut : “ selain dari haknya memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon muta’ah atau pemberian sagu hati kepada mahkamah dan mahkamah boleh selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. “
Permohonan untuk menuntut muta’ah perlu dibuat oleh isteri kepada mahkamah sekali dengan proses perceraian, tuntutan nafkah edah dan nafkah anak-anak. Pemberian muta’ah boleh dibuat dengan membuat bayaran sekali sahaja, berbeza dengan bayaran nafkah edah yang dibayar selama tempoh edah, begitu juga nafkah anak-anak yang berterusan sehingga anak-anak mencapai umur baligh.
4. KADAR MUTA’AH:
Penentuan kadar muta’ah, boleh dibuat atas persetujuan kedua-dua suami dan isteri dengan kadar tertentu atau sebaliknya, sekiranya mereka bersetuju dengan kadar harta yang tertentu, sama ada sedikit atau banyak kadar itulah yang diterima oleh isteri. Muta’ah itu sah berdasarkan kepada apa yang dipersetujui.
Jika mereka berselisih pendapat dalam menentukan kadarnya, kadhi ( hakim ) berhak menetapkannya berdasarkan keadaan mereka berdua, kedudukan kewangan suami, keturunan isteri dan sifat-sifatnya. Ini disandarkan kepada ayat al-Quran, surah al-Baqarah : 236
yang bermaksud :
“ Hendaklah kamu memberikan muta’ah ( pemberian sagu hati ) kepada mereka ( yang diceraikan itu ). Iaitu suami yang senang (hendakalah memberi sagu hati itu) menurut ukuran kemampunnya, dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya”.
3
Kadar muta’ah yang digalakkan ialah tidak kurang daripada 30 dirham atau yang senilai dengannya, dan tidak melebihi separuh daripada kadar mahar misil ( mahar yang munasabah ) Mahar misil biasanya diqiaskan kepada mahar perempuan yang setanding dengannya daripada kerabatnya sendiri seperti saudara perempuannya yang seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya. Perkara-perkara lain juga perlu diambil kira dalam menentukan kadar mahar misil itu termasuklah segi kecantikan, kekayaan dan tempat: kerana mahar tidak sama antara negeri-negeri. Masing-masing mempunyai adat dan tradisi yang tersendiri. Begitu juga status perempuan kerana menurut kebiasan, gadis lebih digemari atau diingini daripada janda. Demikian juga kematangan akal fikiran, keagamaan, keluhuran budi, pengetahuan, adab kesopan dan sebagainya.
Tidak semestinya disamakan betul-betul antara dua orang perempuan yang dikira setanding dalam segenap segi: cukup dengan persamaan yang hampir ternyata tiada jurang perbezaan yang jauh. Ini terserah kepada budi bicara pihak-pihak yang berkenaan di dalam keluarga dan masyarakat.
Menurut Mahzab Syafie, tidak ada penetapan kadar muta’ah, sekurang-kurangnya ialah apa jua yang ada nilai dan tiada pementuan kadar maksimumnya. Jika kedua-dua suami isteri bersetuju pada sesuatu kadar maka itulah yang sebaik-baiknya. Jika tidak, hendaklah di tentukan oleh kadhi ( mahkamah ) menurut kedudukan kedua-duanya. Kadar muta’ah itu disunatkan jangan terkurang daripada tiga puluh dirham dan jangan pula sampai kepada had separuh mahar ( mas kahwin ).
6. KESIMPULAN:
Sebagai kesimpulan daripada perbincangan ini dapatlah kita fahami bahawa muta’ah ialah pemberian sagu hati kepada isteri setelah berlaku perceraian, bagi tujuan meringankan bebanan dan kesusahan disebabkan perpisahan dan mengubati perasaan sakit hati serta rasa benci yang memuncak hasil daripada perceraian tersebut.
Pemberian muta’ah sebaik-baiknya dibuat atas kemampuan dan kesanggupan kedua-dua pihak dan persetujuan mahkamah. Perlu difahami mahkamah bukan medan membuka keburukan suami atau isteri,
tetapi merupakan tempat mendapat keadilan bersama .
4
5
Rujukan :
1. al-Quran al-Karim ( surah Al-Baqarah, ayat 236 ).
2. Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran (Edisi Rumi), Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, cetakan kelima Tahun 1992.
3. Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Edisi Ketiga Tahun 2002.
4. Kitab Fikah Mahzab Syafie- Bab Undang-Undang Kekelurgaan oleh Dr. Musfafa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho dan Ali asy-Syarbaji, Pustaka salam Sendirian Berhad - Cetakan 1, Tahun 2002.
5. Asas Kefahaman Islam ( Bahasan empat mahzab: Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali ) oleh Hassan Salleh, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Tahun 1992.
6. Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 ( Akta 303 ) International Law Book Services, Tahun 1995.
Mahayudin bin Abu bakar
Penolong Pengarah
Unit Pengurusan NCR
Bahagian KESUMA
JAKIM

1 MAHAR ( MAS KAHWIN ) MENURUT PERSEPEKTIF ISLAM ( file JAKIM )

1
MAHAR ( MAS KAHWIN ) MENURUT PERSEPEKTIF ISLAM
1. Definisi Mahar
Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut
dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd.
Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh
suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan )
1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar
di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan
diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai
hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’,
dapat dinilai dengan wang.
Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman
Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :
“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu
sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu
sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai
nikmat yang baik lagi lazat “
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:
“ Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia
menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetepan yang
difardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )”
Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri.
Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri
serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga
merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.
Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau
syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa
menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan
membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada
2
zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa disebutkan
maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama
dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya
perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.
2. Pemberian Mahar
Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri
berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e
pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga
dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak
wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.
3. Mas Kahwin Dan Pemberian Menurut Peruntukan Undang-Undang Keluarga
Islam
Mengikut peruntukan seksyen 21 ( 1 ) dan ( 2 ) dalam Akta Undang-Undang
Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 ( Akta 303 ) berbunyi seperti berikut :
(1) Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya
kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan
perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.
(2) Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak
didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan :-
a) nilai dan butir-butir lain mas kahwin;
b) nilai dan butir-butir lain pemberian;
c) nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian
atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada
masa akadnikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan; dan
d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau
pemberian.
4. Kadar Mahar
Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam
menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan
semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam
menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu
tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar
mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :
" اعظم النساء برآة أيسرهن مؤنة "
Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang
perbelanjaan ( mahar ).
( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )
3
Walau bagaimanapun suami boleh memberikan mahar yang tinggi kepada isteri
berdasarkan kepada ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 20 :
“ Kamu telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak “
Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk
wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain.
5. Jenis Mahar
a. Mahar Musamma
Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah
seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini.
Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami
apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :-
1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.
2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.
b. Mahar Misil ( mahar yang sepadan )
Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah.
Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan )
dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri
seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya.
Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang
setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga,
terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.
Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam
menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat,
keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status
perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh
dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat
di atas.
6. Mendapat Separuh Mahar Atau Tidak Berhak Mendapat Langsung
Sebagaimana yang kita sedia maklumi , apabila berlakunya suatu akad nikah
yang sah, maka wajib bagi suami membayar mahar kepada isteri sama ada berupa
mahar musamma atau pun mahar misil kerana ia merupakan hak isteri.
4
Walau bagaimanapun terdapat keadaan yang menyebabkan isteri hanya berhak
mendapat separuh sahaja daripada mahar tersebut atau pun tidak mendapat apa -apa
mahar langsung daripada suami iaitu :-
a) Isteri hanya mendapat separuh sahaja daripada mahar apabila
berlakunya perceraian sebelum persetubuhan. Ini berdasarkan kepada firman Allah
Taala dalam surah al-Baqarah ayat 237 :
“ Dan jikalau kamu menceraikan mereka itu ( isteri-isteri ) sebelum kamu menyetubuhi
mereka walhal kamu telah menetapkan mahar kepada mereka, maka diwajibkan ( bayarannya )
separuh daripada yang kamu tetapkan kecuali jika mereka sendiri memaafkan atau orang yang
mempunyai kuasa perwalian memaafkannya “
Ayat di atas menyatakan bahawa sekiranya mahar isteri telah disebutkan ketika
akad nikah dan berlakunya penceraian sebelum persetubuhan, maka suami hanya wajib
membayar separuh sahaja daripada mahar tersebut. Tetapi sekiranya mahar tidak
disebut ketika akad nikah, suami wajib membayar mahar misil kepada isteri.
Menurut pendapat Imam Syafi’e dan Imam Malik sekiranya berlaku perceraian
sebelum persetubuhan, suami hanya wajib membayar separuh sahaja mahar kepada
isteri sama ada mahar tersebut disebut semasa akad nikah atau sebaliknya.
b) Isteri tidak berhak langsung untuk mendapat pemberian mahar daripada
suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh ( dari pihak isteri ) sebelum
berlakunya persetubuhan.
7. Kesimpulan
Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas
tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab
suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembira dan
menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani
kehidupan bersama suami.
5
Mahar adalah menjadi hak milik isteri. Sekiranya ia tidak disebut sekalipun
Para mujtahidin telah sepakat mengatakan bahawa tidak kadar dan had yang
tertentu dalam meletakkan kadar mahar yang paling maksima. Terdapat satu peristiwa
yang berlaku yang berlaku di zaman Umar al Khattab (r.a) di mana beliau melarang
orang ramai dari meninggikan kadar mahar iaitu tidak boleh lebih daripada empat
dirham katanya, “ Janganlah kamu meninggikan mahar perempuan kerana jikalau
dia dimuliakan di dunia, atau mahu bertaqwa kepada Allah, maka yang lebih utama
6
ialah contoh daripada Rasulullah yang tidak menetapkan mahar kepada isterinya mahu
pun bagi puteri-puterinya melebihi dua belas auqiah. Oleh sebab itu sesiapa yang
melebihi daripada 440 dirham walaupun lebihannya sedikit maka yang itu dimasukkan
ke dalam Baitulmal “. Lantas seorang perempuan Quraisy membantah sambil
berkata : “ Allah telah berfirman di dalam al-Quran :
Terjemahan : “ Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu ( isteri ) sepikul
mahar, maka jangan kamu ambil walupu sedikit daripada mahar itu “
( surah al Nisa : 20 )

JURNAL HUKUM 1 Harta Sepencarian, Isu-Isu dan Amalan* Oleh: Dato'Aria Diraja Dato'Haji Daud bin Muhammad ( file JAKIM )

Mukadimah
Harta Sepencarian ini merupakan suatu masalah yang sangat susah dan rumit
untuk diselesaikan oleh mana-mana pihak terutamanya Mahkamah Syariah apabila
kedua-dua pihak suami isteri telah bercerai atau salah satu pihak meninggal dunia
dan tidak mendapat persetujuan di atas harta tersebut secara sulh dan redha
meredhai di antara kedua-dua pihak termasuk waris-waris. Bagi suami isteri yang
tidak makan gaji biasanya sama-sama bekerja seperti menjadi petani, berkebun,
menoreh getah, berniaga dan sebagainya dan ada juga yang bekerja hanya suami
seorang sahaja, sama ada makan gaji atau lain-lain pekerjaan, manakala isteri
tinggal di rumah menjaga anak-anak dan membuat kerja rumah seperti memasak,
membasuh pakaian suami, anak-anak dan lain-lain kerja rumah dan mengikut
kebiasaannya selepas berkahwin beberapa tahun suami isteri memperolehi harta
seperti tanah, motokar dan sebagainya dengan membeli secara tunai atau pinjaman
dari Kerajaan atau Bank dan seumpamanya dan harta-harta tersebut dibuat atas
nama salah seorang sahaja dari suami isteri itu dan jarang sekali mereka membuat
nama bersama (dua nama).
Kuasa Memiliki Harta
Di dalam perundangan Islam, seseorang perempuan Islam yang berkahwin dengan
seorang lelaki, dia masih diakui mempunyai kuasa memiliki ke atas apa jua harta
dan masih terus boleh memiliki harta yang diperolehinya sebelum dia berkahwin dan
boleh juga berbuat demikian setelah dia ber-
Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah 2 pada 9 Februari 2002 di Mahkamah Mut, Kuliyyah
Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
JURNAL HUKUM
2
kahwin sama ada dari harta pesaka, (1) pemberian hidup(hibah) usahanya sendiri
(2) dan sebagainya dan seterusnya dia mempunyai tanggungjawab harta di mana
dia boleh menuntut dan dituntut di Mahkamah.
Peruntukan Undang-Undang
Mengikut peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri
Kelantan (3), Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan
menjalankan perbicaraan berhubung dengan pembahagian atau tuntutan kepada
harta sepencarian. Seterusnya Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan (4) di
bawah seksyen 46 menjelaskan -
46 (1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq
atau membuat sesuatu perintah perceraian, memerintah supaya harta sepencarian
yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha
bersama-sama mereka dibahagi di antara mereka atau supaya mana-mana harta itu
dijual dan hasil jualan itu dibahagi di antara pihak-pihak itu.
46(2)Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen kecil (I) dari pada
seksyen ini, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang -
(a) Setakat mana sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap
satu pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja bagi mernperolehi
harta-harta itu;
(b) Apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah
dilakukan bagi usaha bersama mereka; DAN
(c) Keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa jika ada, dari
perkahwinan itu, dan tertakluk pada pertimbangan-pertimbangan itu,
Mahkamah hendaklah, dengan seberapa boleh, membuat
pembahagian yang saksama mengikut usaha atau modal masingmasing.
JURNAL HUKUM
3
Enakmen-Enakmen tersebut telah berkuat kuasa sejak dari 1984 dan sebelum
daripada itu, undang-undang tahun 1919 (5), undang-undang tahun 1953 (6) dan
undang-undang 1966 (7) Mahkamah Syariah juga diberi bidang kuasa untuk
menjalankan perbicaraan berhubung dengan harta sepencarian.
Peruntukan-peruntukan seumpama itu juga terdapat di negeri-negeri di
Malaysia.
Peruntukan Di Dalam Kitab-Kitab Fiqh. Di dalam kitab-kitab fiqh tidak ada
peruntukan khusus membicarakan tentang harta sepencarian (8). Sungguhpun
demikian, cuba kita lihat kepada beberapa kitab fiqh yang menjadi rujukan kepada
Hakim-Hakim Mahkamah Syariah di negeri-negeri dalam Malaysia apabila
berhadapan dengan kes harta sepencarian di antaranya -
Kitab Bughyah at-Mustarsyidin muka surat 159 ada menyebut :
اختلط ما ل الزوجين ولم يعلم لأ يهما اآثر ولا قرينة تميز أحدهما وحصلت بينهما فرقة أوموت لم يصح لأحدهم ا
ولاوارثه تصرف في شىء منه قبل ااتمييز أو الصلح إلا مع صا حبه اذلامرجح آما قالو افيما لواختلط حمامهما وحينئذ
فان امكن معرفتهما والاوقف الا مر حتى يصطلح الزوجان أوورثتهمابلفظ صلح أو تو اهب بتساو أو تفاوت إن
آانواآاملين ويجب أن لا ينقص عن النصف في الحخور نعم ان جرت العادة بأن أحدهما يكسب اآثرمن الآخرآان الصلح
والتواهب على نحو ذلك فان لم يتفقواعلى شىَ من ذلك فمن بيده شى من المال فالقول قوله بيمينه إنه ملكه فا ن آان
بيدهما فلكل تحليف الا خر ثم يقسم نصفين.
Maksudnya:
"Telah bercampur harta suami dan tidak diketahui harta sesiapa yang lebih banyak,
tidak ada tanda-tanda yang dapat membezakan harta salah seorangnya, kemudian
berlaku perceraian di antara keduanya atau meninggal dunia, maka tidak sah salah
seorang dan mereka (suami isteri atau warisnya) memerintah (mengguna) sesuatu
daripada harta itu sebelum dapat dibezakan atau sebelum dibuat perdamaian (al-
Sulh) kecuali bersama-sama dengan pemiliknya sebab tidak ada murajjih (tidak ada
tanda yang membezakan). Seperti mereka berkata, "jika bercampur burung merpati
keduanya (suami isteri) di ketika itu jika boleh diketahui atau dibezakan keduanya,
tetapi jika tidak diketahui dan tidak dapat dibezakan, perkara ini hendaklah
ditangguh sehingga suami atau waris kedua-duanya berdamai atau pun menyerah
JURNAL HUKUM
4
(hibah) dengan sama banyak atau berlebih kurang jika mereka (suami isteri) dan
waris orang-orang yang sempurna (bukan mahjur a'laihi) dan wajib supaya jangan
berkurang (orang yang tidak dibenarkan mentadbir harta). Tetapi jika berlaku
kebiasaan yang tetap bahawa salah seorang dari keduanya (suami isteri) mendapat
pendapatan yang lebih banyak dari yang seorang lagi maka perdamaian (sulh) dan
penyerahan (hibah) adalah berdasarkan demikian (lebih kurang). Jika mereka tidak
menyetujui satu pun daripada yang demikian, maka pihak yang memiliki sesuatu dari
harta (memegang harta) akan diterima cakapnya dengan sumpahnya; bahawa harta
itu miliknya. Tetapi jika harta itu dimiliki oleh kedua-duanya (masing-masing
memegang harta), maka masing-masing boleh meminta pihak yang lain bersumpah,
kemudian harta itu di bahagi dua".
Apabila kita perhati kepada nas dalam kitab ini perkataan ( (اطلتخ مال الزوجين
maknanya bercampur harta kedua suami isteri dan tidak diketahui harta siapa yang
lebih banyak dan tidak ada qarinah yang membezakan antara keduanya. Adakah
pengertian ini sama dengan tajuk yang dibicarakan berhubung dengan harta
sepencarian yang diperolehi oleh suami isteri hasil daripada masing-masing
berusaha atau bekerja, dan harta tersebut bercampur.
Ada yang berpendapat harta yang bercampur itu sebagai harta ( المشاع ), dan
tidak sama dengan harta sepencarian. Dan ada pula yang berpendapat
bahawa apabila perolehan daripada suami isteri itu bercampur dan tidak diketahui
harta siapa yang lebih banyak dan tidak ada qarinah, maka bolehlah diqias dan
disamakan dengan harta yang bercampur ( المشاع ) itu untuk menyelesaikan mengikut
nas dalam kitab tersebut di atas.
2. Kitab I'anah al-Talibin, juzuk 3, muka surat 104 dan 105 di bawah tajuk ( تتمة ) ada
menyebut :
الشرآة نوعان أحدهمافيمامللك اثنان مشتر آابرث أوشراء والثانى اربعة أقسام. منهاقسم صحيح وهوأن يشترك اثنان في
ما ل لهما ليتجرا فيه وسائر الاقسام باطلة أي باقيها وهو ثلاث – شرآة الابدان وشرآة المفاوظة وشرآة الوجوه. آان
يشترك اثنان ليكون آسبهما ببدنهما خاصة سواءاتفقا حرفة آخياطين أواختلف قيها آخياط ورفاء وهذه تسمى شرآة
الابدان وهي باطلة لعدم الما ل فمن انفرد بشىء فهوله ومااشتر آا فيه يوزعليهما بنسبة أجرة المثل بحسب الكسب
وجوزها ابو حنيفه رضى الله عنه مطلقا ومالك واحمد رضى الله عنهما مع اتحاد الحرفة.
JURNAL HUKUM
5
Maksudnya:
"Bahawa syarikat itu ada dua jenis -
Pertama - yang dimiliki oleh dua orang yang berkongsi dengan harta pesaka acau
dengan cara membeli.
Kedua - Terdapat empat bahagian -
Satu bahagiannya yang sah yang dinamakan Syarikat al-A’inan di mana dua orang
berkongsi dengan masing-masing mengeluarkan modal untuk berniaga dan yang
lain-lainnya itu batal dan ianya ada tiga jenis -
1. Syarikat al-Abdan
2. Syarikat al-Mufawadah
3. Syarikat Wujuh
Syarikat al-Abdan itu ialah dengan cara dua orang berkongsi melakukan sesuatu
pekerjaan dengan masing-masing berusaha dengan tenaga empat kerat tanpa harta
atau modal sama ada perusahaan itu sama jenisnya seperti keduanya berjahit atau
berlainan seperti seorang tukang jahit dan seorang lagi tukang sulam. Syarikat ini
adalah batal tidak sah kerana tidak ada harta. Jadi siapa yang berusaha sendirian,
maka keuntungan adalah kembali kepadanya di antara keduanya atas kadar upah
yang munasabah ( أجرة المثل ) mengikut kerja.
Ia diharuskan secara mutlak oleh Imam Abu Hanifah, manakala Imam Malik
dan Ahmad mensyaratkan persamaan kerja. Sebab itulah bagi mereka yang tidak
menerima Syarikat al-Abdan, semua harta yang diperolehi dari pekerjaan suami
isteri yang tidak boleh dibezakan dibahagikan di antara keduanya menurut upah
yang munasabah ( أجرة المثل ) dan jika salah seorang atau kedua-duanya meninggal
dunia, waris-waris si mati dari kedua-duanya mengambil bahagian yang diperolehi
oleh mereka untuk mereka membahagikannya menurut faraid.
JURNAL HUKUM
6
3. Kitab Alfatawa al-Fataniah karangan al-Sheikh Ahmad bin Mohd. Zain bin
Mustafa at-Fatani, cetakan Fatani Press Tahun 1377 Hijrah, muka surat 106,
dalam menjawab soalan 57 menjelaskan -
"Soal : Masalah setengah daripada beberapa adat negeri-negeri yang di
bawah angin bahawasanya apabila mati seseorang daripada dua laki isteri
dibahagikan harta peninggalannya dua bahagi, maka ditolakkan kepada salah
seorang yang hidup itu satu bahagi dan yang tinggal lagi itu dibahagikan
antara segala waris yang setengah daripada mereka itu salah seorang yang
tersebut dan sebab demikian itu bahawasanya berusaha pada ghalibnya oleh
dua laki bini itu bersama-sama, maka adakah betul perbuatan itu atau tiada
fatwa-fatwa yang mengharuskannya ( ( أفتونا مأجورين
Jawab : Jika adalah harta peninggalan itu bersekutu padanya oleh dua isteri
itu bersamaan kadarnya dengan yakin, maka dibahagikan sebagai bahagi
yang tersebut itu adalah membahagi itu sebenar. Adapun jika tiada
diketahuikan bersekutunya dan jikalau dengan sama-sama bekerja yang
mendapatkan harta itu sekalipun tiada pekerjaan, khidmat seperti bertanak
dan membasuh dan menjahit kain suaminya tetapi tiada diketahuikan
bersamaan bersekutu itu seperti tiada diyakinkan bahawasanya bekerja itu
sama banyak kadarnya atau tiada, maka dibahagikan dua dengan ketiadaan
redha beredha segala pesakanya pada kadar yang lebih kurang nescaya
tidak sah membahagi sebagai bahagi yang tersebut dan tiada harus menolak
itu. Maka jika redha beredha daripada mereka itu nescaya sah tetapi
disyaratkan pada sah redha beredha itu bahawa tiada ada di dalam mereka
itu orang yang tiada diiktibarkan redhanya seperti kanak-kanak dan si gila dan
orang yang dihalangkan atasnya, maka jika ada di dalam pesaka itu mereka
itu nescaya tiada sah"
4. Satu perkara yang menarik ialah perjanjian kerana perkahwinan telah dibuat
mengikut undang-undang tahun 1938 (9) pada 21 November 1942 di antara
Kamud bin Che Mohamad dari India dengan Bidah bt. Saamuh dari Pengkalan
Kubur Tumpat di hadapan Qadhi Besar Kelantan Haji Nik Mohd. Adib,
berhubung dengan beberapa perkara (10 perkara) termasuk bersabit dengan
JURNAL HUKUM
7
harta sepencarian. Apakah perjanjian seumpama ini perlu dibuat sekarang?
Dan jika ianya perlu dan masih sesuai sekarang ianya boleh dimasukkan di
bawah mana-mana Peruntukan Enakmen Keluarga Islam bagi mengelakkan dari
timbulnya berbagai-bagai kerumitan dan kesusahan kepada suami isteri
terutamanya apabila berlaku kematian atau perceraian.
AI-A’adah Muhakkamah
Islam mengiktiraf bahawa adat, baik secara khusus atau umum adalah menjadi
salah satu sumber Hukum Syarak (10) dan sesuatu adat itu boleh diterima apabila
sudah menjadi kelaziman atau kebiasaannya sedemikian (11). Apabila harta
sepencarian tidak terdapat dalam kitab-kitab fiqh secara khusus membicarakannya,
tidakkah boleh kita terima ianya sebagai suatu adat bagi orang-orang Melayu
apabila berkahwin dan sama-sama berusaha baik di dalam rumah atau di luar rumah
dan harta-harta yang diperolehi dari usaha sama itu menjadi harta bersama. Jika ini
boleh diterima, apakah adat seperti ini boleh diterima oleh Islam? Jawapan kepada
persoalan ini tidaklah mudah, persoalan ini perlu dikaji dan diputuskan oleh sama
ada Majlis Fatwa Kebangsaan atau Muzakarah Mufti-Mufti.
Syarikat al-Abdan
Boleh dikatakan semua negeri dalam Malaysia telah memperuntukkan dalam
Enakmen masing-masing berhubung dengan pembahagian harta sepencarian
apabila berlaku perceraian dan tuntutan-tuntutan bersabit dengannya, dan setiap
Enakmen sebelum dapat dilaksanakan mesti mendapat ampuni perkenan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan bagi negeri-negeri beraja atau perkenan Duli Yang
Maha Mulia Yang DiPertuan Agong atau Yang DiPertua Negeri bagi negeri-negeri
yang tidak beraja. Muamalat suami isteri bagi menghasilkan harta sepencarian itu,
termasuk di bawah muamalat Syarikat al-Abdan yang diterima dan sah dalam
mazhab Abu Hanifah tanpa mengira jenis pekerjaan sama ada sama atau berlainan.
Tidakkah ini menunjukkan bahawa negeri-negeri yang sudah ada peruntukan
undang-undang seperti itu, pada lahirnya atau secara tidak langsungnya telah
menerima dan mengamalkan menurut pendapat imam Hanafi dalam membuat
keputusan di Mahkamah-Mahkamah Syariah bersabit dengan harta sepencarian.
JURNAL HUKUM
8
Sungguhpun demikian dalam pelaksanaan undang-undang terutama yang
bersangkutan dengan Hukum Syarak dan pelaksanaannya di Mahkamah Syariah,
saya berpendapat perlu mendapat ampuni pekenan dan keizinan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Al-Sultan secara khusus mengikut seksyen 37(2) daripada
Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 yang
menyatakan -
“jika Majlis atau Jemaah Ulamak berpendapat bahawa qaul yang muktamad
dari Mazhab Syafie boleh membawa kepada yang berlawanan dengan
kepentingan awam, Majlis atau Jemaah Ulamak bolehlah dengan keizinan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia AI-Sultan mengikut qaul dan mana-mana
Mazhab Islam yang muktabar dalam perkara-perkara yang bersangkutan
dengan akidah, maka qaul ahfi Sunnah Wal Jamaah hendaklah diikut”.
Peruntukkan undang-undang seperti ini memang terdapat hampir di setiap
negeri-negeri di Malaysia. Dan jika ini diuruskan mengikut kehendak undangundang
tersebut, sudah tentu penyelesaian harta sepencarian sepertimana yang kita
hadapi sekarang lebih senang dan mudah diselesaikan.
Tuntutan Selepas Kematian
Satu persoalan yang timbul, apakah harta sepencarian ini boleh dituntut oteh manamana
pihak seperti waris dan sebagainya selepas kematian sesuatu pihak? Kalau
kita melihat kepada nas kitab Bughyah al-Mustarsyidin yang tersebut di atas ada
menyatakan:-
"وحصلت بينهما فرقة أوموت"
Dan ini menunjukkan bahawa waris ada hak ke atas harta itu dan jika haknya
tidak diberi atau tidak mendapat apa-apa persetujuan, ianya boleh menuntut
sekalipun selepas kematian salah satu pihak. Tuntutan seperti ini boleh dibuat ke
atas pihak yang masih hidup atau ke atas warisnya. Kerana hak seseorang itu tidak
gugur kecuali ianya memaafkan atau menolak haknya dan jika-hak itu masih wujud
akan berpindah kepada warisnya jika dia meninggal (12).
JURNAL HUKUM
9
Asas-Asas Pertimbangan
Mengikut pendapat Sayed Sabiq data kitab Fiqh al-Sunnah, jilid 2, muka surat 174,
Cetakan Tahun 1981 Darul Fikr, Beirut, Lubnan yang menerangkan di bawah tajuk -
خدمة المرأة زوجها" " dengan berdasarkan ayat al-Quran surah al-Baqarah, ayat 228 Allah
s.wt. berfirman yang bermaksud:
"Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang
ditanggung oleh mereka terhadap suami dengan cara yang sepatutnya yakin
sebagaimana seseorang isteri menanggung tanggungjawab terhadap suami
yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik, maka suami juga
menanggung kewajipan terhadap isteri yang wajib dilaksanakan dengan cara
yang baik. Dalam pada itu suami itu mempunyai satu darjat kelebihan atas
isterinya kerana suami yang berkuasa mengawalnya dan memberi nafkah dan
ayat tersebut memberi hak kepada perempuan sama dengan lelaki dan
seterusnya Sayed Sabiq menjelaskan -
والاساس الذى وضعه الاسلام للتعا مل بين الزو جين وتنظيم الحياة بينهما هو أساس فطرى وطبيعى
فالر جل أقدر على العمل والكدح والكسب خارج المنزل والمر أة أقدر على تدبير المنزل وتربية الاولاد وتيسير أسباب
الراحة البيتية وتكلف المرأة ماهومن طبيعتها وبهذا ينتظم البيت من نا حية الداخل والخارج دون أن يجداى واحد من
الزوجين سببا من اسباب انقسام البيت على نفسه.
Maksudnya-.
“ Dasar yang ditetapkan oleh Islam dalam mengatur dan menguruskan
kehidupan suami isteri adalah merupakan suatu dasar yang sesuai dengan
fitrah dan tabiat semulajadi manusia itu sendiri maka yang lelaki lebih
menumpukan kepada pekerjaan dan perusahaan di luar rumah, manakala
perempuan lebih layak menjalankan pekerjaan di dalam rumah seperti
mengurus rumahtangga, mendidik anak-anak,, menyediakan segala
kemudahan bagi menjadikan suasana dalam rumah tenang dan tenteram.
Maka sebab itu ditugas kepada lelaki kerja yang sesuai baginya, begitu juga
ditugaskan kepada perempuan dan dengan itu barulah rumahtangga berjalan
dengan baik di dalam dan di luar rumah tanpa menjejaskan mana-mana pihak”.
JURNAL HUKUM
10
Selanjutnya Sayed Sabiq membawa contoh hukuman Rasulullah s.a.w. di
antara Saiyidina Ali (r.a.) wakarramallahu wajhah dengan isterinya Fatimah (r.a.) di
mana Rasulullah memutuskan ke atas Fatimah bertugas atau menjalankan
pekerjaan di rumah, manakala Ali berusaha dan bekerja di luar rumah.
Pekerjaan masing-masing dari suami isteri yang diakui oleh Rasulullah s.a.w.
sebagai tanggungjawab masing-masing itu ada hubungan dengan apa yang
diperolehi atau hasil yang didapati dari pekerjaan itu dan oleh kerana masing-masing
ada peranan dan usaha mengikut tugas masing-masing, maka sudah patut dan
wajar harta yang diperolehi dari sama-sama bekerja itu dijadikan harta bersama
(sepencarian) di antara suami isteri selagi tidak ada apa-apa bukti atau pengakuan
bahawa harta-harta yang diperolehi itu adalah hak masing-masing sama ada dari
pemberian orang lain atau pesaka dan sebagainya.
Jika harta yang diperolehi dalam masa perkahwinan itu dibuat atas nama
suami atau isteri, at-Imam Ibnu Qayyim al-juziah ada menyatakan dalam kitab al-
Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siasah- al-Syariyyah, Cetakan Matba’ah Al-Madani, Mesir,
Tahun 1961, muka surat 24 iaitu -
ومن ذلك أن جمهور الفقهاء يقولون في تداعى الزوجين والصانعين لمتاع البيت والدآان : أن القول قول من يدل
الحا ل على صدقة والصحين فى هذه المسألة أنه لا عبرة باليد الحسية بل وجودها آعدمها ولو اعتبرناها لاعتبرن ا
يدالخاطف لعما مة واخرخلفه حاسر الرأس ونحن نقطع بأن هذه يد ظالمة عادية فلا اعتبارلها.
Maksud ringkasnya:
“Tidak boleh dianggap semata-mata kerana memegang dengan tangan atau
menguasai di atas sesuatu nama dengan mendapat nama di dalam geran
tanah dan sebagainya menjadi haknya seorang sahaja jika harta itu diperolehi
semasa dalam perkahwinan masih berterusan, malah adanya seperti tidak ada.
Dalam hubungan ini bolehlah diqiaskan perkakas rumah dengan harta-harta
lain seperti rumah, tanah dan sebagainya yang diperohi semasa kedua-duanya
masih bersuami isteri selagi tidak ada bukti lain yang menunjukkan bahawa
JURNAL HUKUM
11
harta-harta itu sudah dibahagi atau ada hak masing-masing secara
berasingan”.
Hukuman boleh diputuskan berdasarkan kepada qarinah, ini adalah mengikut
pendapat Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu,
juzuk 8, muka surat 6127, Cetakan Darul Fikr Demashq, Syria Tahun 1997 di bawah
tajuk – االقضاءبالقراْْئن
القضاء بالقرائن اصل من اصول اللش ع وذللك سواء في حا ل وجود
البينة أوالاقرار ام في حا ل فقد أي دليل من دلائل الاثباث
Maksudnya:
“Penghakiman dengan qarinah merupakan sumber Hukum Syarie sama ada
ketika ada keterangan atau pengakuan atau dalam keadaan tidak ada apa-apa
bukti lain”.
Dalam perkara qarinah ini biasanya dapat dikesan dari kenyataan Plaintif,
jawapan Defendan atau keterangan saksi-saksi dan sebagainya di dalam
sesuatu perbicaraan suami isteri yang menunjukkan adanya qarinah yang
boleh diterima bahawa perolehan atau pemilikan sesuatu harta itu adalah
sebagai harta sepencarian.
Kesimpulan
Berdasarkan kepada penjelasan dan huraian ringkas di atas, bolehlah dirumuskan
sebagaimana berikut :
i) Masalah harta sepencarian di antara suami isteri adalah merupakan sesuatu
perkara yang sangat penting dan perlu diselesaikan dengan cara yang adil dan
saksama terutama sekali apabila berlaku perceraian.
ii) Khidmat dan kerja seseorang isteri di dalam rumah patut diberi pertimbangan
sewajarnya dan diberi nilaian yang patut jika khidmat tersebut tidak ada tandaJURNAL
HUKUM
12
tanda yang ianya diberi secara sukarela, sekurang-kurangnya sebagai upah
(Ujrah at-Misl).
iii) Kedua-dua pihak suami isteri yang masing-masing ada peranan dan usaha
bagi memperolehi harta, hendaklah diberi hak masing-masing. Dan dalam
menentukan kadar dan bahagiannya terserahlah kepada pertimbangan Hakim
apabila berlaku pertengkaran dan perselisihan.
iv) Adat juga perlu diambil kira sebagai kaedah Syariah dalam menentukan hak
masing-masing.
v) Satu perianjian berhubung dengan harta sepencarian perlu dikaji sama ada
ianya sesuai dibuat atau sebaliknya pada masa ini.
JURNAL HUKUM
13
Rujukan
1. Surah al-Nisa', ayat 1 1
2. Surah al-Nahl, ayat 97
3. Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan
1982 [No. 3/1982], S.9(2)(iv)
4. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 1983 [No. 1/1983],
S-46
5. Notis nombor 33 tahun 1919 (pembahagian harta benda laki bini) Kelantan
6. Undang-Undang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan
Mahkamah Qadhi Kelantan Tahun 1953
7. Undang-Undang Mahkamah Syariah dan Hal Ehwal Perkahwinan Islam Negeri
Kelantan 1966 [No. 1/1966]
8. Jurnal Hukum Bilangan 1405, September 1984 - Keluaran JAKIM
9. Undang-Undang Nikah Cerai Negeri Kelantan 1938 [No. 22/1938]
10. Perkara 36, Majallah al-Ahkam al-Adliyyah, Cetakan Kelima Tahun 1968,
Matbaah Sya’ariku Beirut.
11. Perkara 41, Maiallah al-Ahkam at-Adliyyah, Cetakan Kelima Tahun 1968,
Matbaah SWariku Beirut
12. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Doktor Wahbah at-Zuhaihi, juzuk 4, muka surat
2845, Cetakan Dar al-Fikr Damsyik, Syria Tahun 1997.