Sunday, November 9, 2008

PENGKID TELAH MELAMPAU......

Saudara-saudari sekalian, saya amat terkejut apabila terbaca di dalam akhbar harian metro pada 9/10/2008 apabila golongan pengkid ini telah mencabar fatwa yang telah dikeluarkan oleh majlis fatwa yang memberi fatwa bahawa PENGKID adalah haram..

alangkah terkejut saya apabila mereka mengatakan bahawa mereka melakukan segalanya adalah atas kerelaan hati mereka sendiri..tahukah saudara saudari sekalian apa yang mereka salah??mereka melakukan seks sesama jenis..bagi mereka itu tidak mengapa kerana mereka bukan merogol tapi untuk berseronok, bagi mereka, mereka lah yang lebih memahami perasaan wanita..bagi saya mereka ini telah hilang pedoman dan telah lari dari landasan keimanan dan islam...mereka suka kepada hubungan sesama jenis, berpakaian seperti lelaki,,bagi mereka itu tidak mengapa..

Mereka berpendapat lagi bahawa pihak berkuasa tidak dapat menahan dan mendakwa mereka kerana berpakaian dan berkelakuan seperti lelaki..mereka ini saya rasa bodoh dan jahil lagi menyesatkan..mereka perlu ingat bahawa di dalam ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI telah meletakkan hukuman di dalam enakmennya, mereka boleh di dakwa di bawah kesalahan berkelakuan tidak bermoral, berpakaian seperti lelaki atau perempuan atau bertentangan dengan sifatnya..ingin saya menegaskan di sini bahawa ISLAM MELARANG sekeras-kerasnya hubungan sesama jenis dan wanita berpakaian seperti lelaki..dalam undang-undang sivil sekalipun..walaupun tidak dikira salah akan tetapi golongan ini boleh juga didakwa atas perlakuan mereka yang telah ditetapkan didalam kanun yang telah ditetapkan oleh kanun-kanun undang-undang sivil..apa-apa jua yang bertentangan dengan moral menjadi adalah menjadi kesalahan juga..

Golongan ini sudah hilang jati diri mereka, apa yang menyedihkan saya ialah golongan ini kebanyakannya adalah orang melayu..memang benar kata Hang Tuah TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA....benar melayu takkan hilang di dunia tapi yang hilang adalah MARUAH...kepada golongan wanita diluar sana, syukurlah dengan kejadian anda..anda adalah sebaik dan seindah ciptaan tuhan..sebaik dan seindah adalah wanita SOLEHAH...bangga lah dengan diri anda..dari RAHIM anda bermulanya sebuah kehidupan seseorang manusia...dari anda jualah manusia ini di didik termasuk diri anda sendiri..jadilah wanita seperti ZAINAB AL-GHAZALI..rela mempertahankan maruahnnya walaupun nyawa menjadi taruhan..

MARILAH KITA BERFIKIR....

1 comment:

avicienna89 said...

golongan Pengkid ni patut dibantu untuk kembali kepangkal jalan kerana mereka xtaw ap yg mrk lakukan ini salah disisi agama islam(bg pengkid yg bragama islam)..byk faktor trjadinya prempuan "PENGKID" ni,antaranya krn didikan agama yg kurng,hati yg mmberontak,terikut dgn kwn2 DLL.....