Thursday, November 27, 2008

YOGA DAN PSIKIK: DUA CABANG YANG BERBEZA TETAPI MEMPUNYAI PERSAMAAN AMALAN...

assalamualaikum,
saya agak tertarik dengan isu yoga yang telah diharamkan oleh majlis fatwa..pada pandapat saya pengharaman yoga adalah bagi mengelakkan akidah umat islam yang kini ramai yang telah terpesong akidah mereka. Memang yoga moden tidak menggunakan mentera-mentera tetapi cara duduk dan pergerakan adalah merupakan cara dewa-dewa hindu duduk seakan bertapa ( pendapat ini dikeluarkan oleh Ust Mohd Farid Ravi Abdullah). saya sekali pernah menggunakan teknik yoga ini dan ia memang terbukti, seperti pergerakan dengan memicit-micit jari tertentu dapat menghilangkan stress dengan diikuti teknik pernafasan memang benar tiada unsur mentera..tetapi satu sahaja yang saya tidak setuju dengan yoga ini ialah cara mereka mengosongkan jiwa mereka tanpa mengingati apa pun..ini cara yang paling tidak sesuai, kerana kita sebagai orang islam tidak boleh melupakan ALLAH walau sesaat, saudara saudari juga pernah merasakannya sendiri, apabila jiwa kita sunyi, kita mesti lihat langit, bulan, bintang dan sebagainya dan dalam masa sama kita mesti berkata dengan hati yang sunyi indahnya alam ciptaan tuhan, jadi disini kita sebagai umat islam telah dicampakkan dalam hati kita perasaan mengingati Allah walaupun iman kita tidak seteguh mana sekalipun..
Bagaiman pula dengan PSIKIK.. Psikik adalah satu teknik penggunaan minda bawah sedar dan ada peringkat minda-minda yang lain..psikik juga perlu mengosongkan jiwa untuk bermeditasi tetapi dlm masa yang sama berzikir dengan nama-nama allah ( Pengalaman Penulis yang pernah mengamalkan Psikik ) akan tetapi bila berlakunya proses minda bawah sedar kita akan rasakan diri kita seakan terapung apabila kita telah mengosongkan jiwa tetapi mengingati allah dalam masa yang sama. Tetapi psikik menggunakan kuasa minda untuk melakukan sesuatu seperti mempengaruhi seseorang dengan hanya mengfokuskan dan menggunakan minda, dan banyak lagi kita boleh lakukan dengan kuasa minda ini.. tetapi sini penulis juga mempunyai kemusykilan dengan beberapa amalan didalamnya apabila berada di tahap yang tinggi amalannya, sehingga boleh terapung dan berdiri atas kertas dengan menggunakan teknik pernafasan dan minda..dan disebabkan ini lah penulis membuat keputusan untuk meninggalakn alam PSIKIK ini dan hanya mengasaskan sendiri beberapa teknik yang boleh digunakan...

JAWAPAN DAN PENILAIAN DI TANGAN ANDA....SAMA-SAMA KITA MEMIKIRKANNYA.....

No comments: